Seni Bina Rumah Melayu Tradisional
Pengenalan
Rumah kayu atau rumah kampung pada suatu masa dulu boleh dikatakan tidak asing bagi orang Melayu. Tapi dengan urbanisasi penduduk kini, ramai anak-anak Melayu yang tidak lagi mengenal apakah ciri bentuk sebenarnya rumah kayu tradisional maupun caranya dibangun tanpa paku.
Sebelum kedatangan pengaruh luar dan telunjuk moden, penduduk asal Melayu dan Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera serta kaum Bumiputra/Pribumi lain di Borneo dan bahagian lain di alam Melayu telah mempunyai sistem perumahan yang canggih, cantik dan serasi dengan gaya hidup dan alam sekitar.
Manakala orang Melayu dan Orang Asli di Semenanjung, Sumatera dan pulau-pulau lain biasanya membina rumah sebuah (ala banglo) yang didiami oleh sekeluarga besar; sesetengah suku-kaum di Borneo lebih gemar kepada konsep ‘rumah panjang’ yang memuatkan seluruh kampung. Yakni setiap keluarga menghuni satu bahagian seperti rumah pangsa yang dideretkan sebelah-menyebelah, dengan anjung terbuka di hadapan (dipanggil ‘ruai’ di Sarawak) yang menyambungkan semua unit menjadi sebuah bangunan panjang.
Pengaruh Seni Bina Rumah Melayu Tradisional
Pengaruh kebudayaan luar khususnya daripada Kepulauan Melayu seperti Pattani, Acheh, Minangkabau, Jawa, Bugis, Riau, Jambi, dan Bajau telah mempengaruhi senibina dan reka bentuk rumah Melayu. Maka lahirlah rumah berbentuk Minangkabau, Bugis dan lain-lain.
Kedatangan penjajah Barat khususnya Belanda dan Inggeris telah menyebabkan rumah Melayu berubah bentuk daripada rumah bumbung panjang kepada rumah limas iaitu berbeza pada kedudukan bumbungnya.
Pengaruh kebudayaan luar khususnya daripada Kepulauan Melayu seperti Pattani, Acheh, Minangkabau, Jawa, Bugis, Riau, Jambi, dan Bajau telah mempengaruhi senibina dan reka bentuk rumah Melayu. Maka lahirlah rumah berbentuk Minangkabau, Bugis dan lain-lain.
Kedatangan penjajah Barat khususnya Belanda dan Inggeris telah menyebabkan rumah Melayu berubah bentuk daripada rumah bumbung panjang kepada rumah limas iaitu berbeza pada kedudukan bumbungnya.
Dikatakan semua negeri di Malaysia, rumah Melayu tradisional terdiri dari rumah bumbung panjang tetapi selepas kedatangan penjajah ia berubah bentuk kepada bentuk limas @ bumbung Belanda.
Jenis Jenis Rumah Melayu
Johor: Rumah Potong Belanda @ Rumah Limas
Kedah & Perlis : Rumah Serambi Kedah
Melaka: Rumah Serambi Melaka
Kelantan: terdapat dua jenis rumah
bumbung panjang iaitu rumah tiang
dua belas dan rumah bujang.
Pulau Pinang: Rumah
berbumbung panjang ini dipengaruhi
oleh senibina rumah panjang di Melaka.
Selangor: Rumah bumbung panjang dipengaruhi oleh senibina
rumah bumbung panjang di Melaka dan Negeri Sembilan.
Terengganu: Terdapat dua jenis rumah
bumbung panjang iaitu rumah tiang
dua belas dan rumah bujang.
Perak: Rumah bumbung panjang dikenali
dengan Rumah Kutai dan Rumah Potong Pattani.
Keunikan Seni Bina Rumah Melayu Tradisional
Rumah melayu tradisional merupakan suatu aset yang berharga untuk dipelihara senibinanya untuk generasi akan datang.Ini kerana rumah melayu tradisional mempunyai banyak keistimewaan yang belum tentu terdapat pada rumah moden masa kini. Masyarakat melayu yang terkenal dengan sifat kreatif, telah membina rumah melayu dengan mengaitkan rekabentuk senibina dengan faktor alam sekitar.
Halaman rumah dipenuhi dengan tanaman seperti pokok kelapa, pokok serai, pokok kunyit serta beberapa jenis tanaman lain yang memberi sumber makanan kepada penghuni memberi suatu panorama yang menarik pada rumah melayu traditional.
Ruang dalaman rumah dipisahkan dengan beberapa bahagian mengikut keperluan dan kepengunaanya serta menitikberatkan agama dalam susunatur ruang tersebut seperti rumah ibu tempat melayan tetamu lelaki dan ruang tengah untuk tetamu perempuan.
Hiasan pada setiap rumah melayu tradisional pula banyak melambangkan identiti rumah itu sendiri. seni ukiran yang menarik yang di ilhamkan dari motif flora mengambarkan rumah melayu traditional ini tidak dapat dipisahkan dengan alam.
Keunikan dan keindahan ukiran kayu pada bahagian-bahagian tertentu rumah Melayu Tradisoinal menambah lagi nilai estetik senibinanya. Kebanyakkan masyarakat Melayu dahulu kala sedikit sebanyak berkemahiran mengukir yang diwarisi turun temurun. Kelebihan itu digunakan dalam menghias senibina rumah melayu ini.
Ulasan
Catat Ulasan