Langkau ke kandungan utama

Busana Melayu

BUSANA MELAYU ERA KESULTANAN MELAYU MELAKA

Pemahaman Busana Tradisional Melayu (Adat & Adab)

1. Pemakaian Baju Melayu telah dikuatkuasakan sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444) – Sultan ketiga dari empayar Kesultanan Melayu Melaka. Beliau telah mengeluarkan satu bentuk titah yang melarang orang-orang Melayu memakai cara Atas Angin (Arab, India & Eropah) serta cara Bawah Angin (China & Khmer). Pada hari Jumaat juga semua lelaki Melayu di kehendaki pergi ke Masjid dengan memakai sepersalinan bersih dan cantik lengkap bertanjak dengan wangian kasturi. Pemakaian serban Arab bagi lelaki Melayu hanya dibenarkan di dalam masjid sahaja.

2. Asal baju Melayu & baju sikap / layang adalah berlengan pendek (3 suku). Ada juga baju Melayu yang di buat tidak berlengan. Asal seluar Melayu juga adalah pendek separas betis kaki. Pada zaman Bendahara Paduka Raja Abdul Jalil diangkat menjadi Sultan Johor setelah mangkatnya Sultan Mahmud II (Mangkat dijulang ) pada tahun 1699, beliau telah mengubah pemakaian baju dan seluar dengan memanjangkan kain sehingga ke pangkal lengan (baju) dan ke pangkal buku lali (seluar). Semua buatan baju Melayu dan seluar adalah berkekek dan berpesak.

3. Baju sikap / baju layang pula hanya boleh dipakai oleh golongan Bangsawan yang berdarah Raja dan juga orang-orang yang di anugerahi gelaran seperti Datuk, Tun dan sebagainya. Jadinya bukan semua orang boleh memakai baju sikap ini.

4. Pemakaian tanjak / destar / ikat kepala juga telah ditetapkan mengikut darjat dan pangkat masing-masing dari jenis kain yang digunakan sehingga cara ikatan dan lipatan. Puncak tanjak yang dipanggil ‘Daun’ pula dihalakan ke sebelah kiri bagi rakyat biasa dan ke sebelah kanan (atau duduk) di tengah-tengah bagi golongan bangsawan dan Di Raja. Manakala ekor tanjak yang disebut 'pucuk' pula perlu disimpan ke dalam bagi semua lapisan rakyat jelata melainkan 2 golongan sahaja iaitu Raja (termasuk ahli keluarga) dan Laksamana. Pucuk ini adalah lambang kuasa yang ada pada seseorang. Begitu juga dengan lapisan 'tingkat' lipatan.. makin besar darjat dan pangkat seseorang, makin tinggi lipatan tanjaknya.
5. Baju Melayu asalnya semua dicipta dengan gaya leher 'teluk belanga' . Baju cekak musang hanya boleh dipakai oleh Raja atau Sultan sahaja.

6. Bagi jenis-jenis seluar pula, terdapat pelbagai rekaan dalam alam Melayu. Golongan panglima, pahlawan dan sebagainya gemar mengenakan seluar dari gaya 'Gunting Aceh' yang mempunyai buatan kekek yang amat besar (kelihatan seperti kain sarung), manakala bagi orang-orang lain termasuk Sultan, mereka hanya mengenakan seluar biasa dari gaya 'Gunting Cina'.

7. Pemakaian sampin pula adalah wajib bagi semua golongan di dalam istana. Di luar istana pula adalah 'optional'. Bagi penduduk asal kawasan-kawasan tertentu, kebanyakkan mereka mengenakan sampin dengan cara 'Berdagang Dalam' (kain sampin dipakai di bawah baju Melayu macam style Orang Johor sekarang – Baju di luar) manakala bagi golongan pedagang yang bukan berasal dari situ pula mengenakan sampin cara 'Berdagang Luar' (kain sampin dipakai di atas baju Melayu – Baju di selit ke dalam kain). Dengan cara ini orang-orang Melayu dahulu kala dengan mudah mengenali siapa pedagang luar dan siapa penduduk asal sesuatu tempat. Cara mengikat sampin juga dibahagikan dalam 3 cara mengikut pangkat dan darjat iaitu:

a. Ikatan pancung (Raja, Sultan dan Kerabat sahaja)
b. Ikatan kembung (Pembesar dan orang-orang bergelar)
c. Ikatan lingkup (orang kebanyakkan)
Begitulah unik dan indahnya kod-kod dan etika pemakaian Melayu bilamana kita terus dapat mengenali status seseorang, asal usulnya dengan hanya melihat cara ia berpakaian.

Pakaian Melayu Dekatnya Dengan Sunnah

Busana tradisional Melayu inilah yang paling hampir dengan pakaian sunnah Rasulullah SAW keranatanjak merupakan serban orang Melayu. 
Jika Rasulullah SAW melilit serban sebanyak lima kali,tanjak atau destar atau tengkolok juga mempunyai lima tingkat. 
Rasulullah SAW memakai jubah, dan Tekua ini merupakan Jubah Melayu.
Seluar Rasulullah SAW atas paras buku lali, Seluar Mengan juga rekaannya menepati ciri-ciri sunah Rasulullah SAW.
Samping pula mempunya ciri yang sama dengan Kain Jubah Arab.
Maka, Pakaian orang Melayu adalah yang paling hampir dengan pakaian Sunnah Rasulullah SAW.

Hebatnya Warisan Busana Melayu

Sedih jika bangsa melayu kini lupa akan warisan melayu dari zaman nenek moyang kita terdahulu. Alangkah indah kiranya dapat melihat orang Melayu masih mengekalkan pemakaian tradisional Melayu tak kira di mana jua mereka berada. Jika diamati dengan lebih terperinci, busana tradisional Melayu ini jelas sekali mempunyai nilai seninya yang tinggi. Ini tidak, ramai yang berperasaan malu untuk memakai busana ini tetapi bangga memakai pakaian yang diperkenalkan oleh bangsa lain. Kadangkala sedih melihat orang Melayu sendiri memerli, mentertawakan orang Melayu lain yang memakai busana tradisional. Jangankan untuk memakai Tekua, pakai baju melayu atau baju kurung pun ada yang menyindir. Bayangkan, daripada atas kepala hingga ke kaki, semuanya diperbuat daripada kain songket yang ditenun oleh pandai songket. Ini membuktikan bangsa Melayu telah mencapai taraf ketamadunan yang tinggi seiring dengan kegagahan dan kehebatan empayar jajahan takluknya yang meluas sehingga ke seluruh Nusantara.
Tatkala rombongan kerajaan Portugis ke Tanah Melaka, mereka berhenti seketika di Goa, India dan melihat rakyat India di sana hanya memakai cawat. Maka dalam pemikiran dan tanggapan mereka, seandainya di Goa, rakyatnya hanya bercawat, apatah lagi di kawasan penghujung destinasi mereka, pastinya rakyat Melaka tiada bertamadun dan berbogel. Namun, tanggapan mereka ternyata sekali jauh meleset kerana setibanya rombongan Portugis di perlabuhan Melaka, mereka terkejut kerana para nelayan lengkap berpakaian dengan kain songket dengan tanjak di kepala. Tambahan pula para nelayan mengalungkan rantai emas dan gelang emas. Pasukan rombongan semakin hairan, jika di tepian pantai sahaja nelayan berpakaian sebegini rupa, bagaimana pula keadaannya di istana Sultan Melaka?

Sekadar Berkongsi.....







Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Keunikkan Dan Maksud Lok Keris Melayu

Keris merupakan salah satu senjata bagi kebanyakan hulubalang dan pahlawan Melayu suatu ketika dahulu. Keris juga melambangkan kegagahan, keperwiraan, kedudukan atau darjat pemiliknya. Keris dibuat/ditempa khusus untuk seseorang individu berdasarkan kehendak, keperluan dan kesesuaian yang mana boleh mewujudkan pertalian antara keris dan pemiliknya. Pemilihan bahan-bahan yang digunakan bagi membentuk sesebuah keris juga merupakan salah satu perkara utama yang diberi perhatian oleh pembuat senjata. Unsur mistik juga sering dikaitkan dengan keris dimana sesetengah keris yang dibuat khas mempunyai keistimewaan tersendiri dan mampu memberi kelebihan kepada pemiliknya seperti Keris Taming Sari. Keistimewaan berkenaan memerlukan jagaan rapi dan adakalanya membuatkan keris berkenaan sukar untuk bertukar milik/tidak boleh berpindah milik sebarangan. Saya kali ini akan menerangkan dengan ringkas mengenai maksud bagi bilangan lok yang terdapat pada Keris Melayu. Jika diperhatikan, Keri

Tujuh Wali Di Tanah Melayu

Mengenali secara ringkas wali tujuh di tanah melayu 1. AS SAYID HABIB NUH Peranannya TersembunyiHadiri Sidang Wali-Wali Menunduk Gabenor yang Angkuh Wasiat Supaya Dikebumi Atas Bukit.Di Singapura, nama As Sayid Habib Nuh sudah tidak asing lagi. Beliau berketurunan Rasulullah SAW menerusi nasab Zainal Abidin bin Sayadina Hussien r.a. Maqamnya yang terletak di atas sebuah bukit kecil di Jalan Palmer, sering dikunjungi pelawat teruatama hari-hari cuti. Pengunjung maqam itu bukan saja daripada kalangan orang Islam Singapura dan Malaysia tetapi ramai juga dari negara-negara Asia lain. Ini menunjukkan Habib Nuh r.h. lebih masyhur selepas kematiannya berbanding semasa hayatnya. Sebagai seorang wali Allah, pelbagai cerita pelik dan luar biasa berlaku pada dirinya, dan cerita-cerita itu belum ditulis dalam bentuk buku dan manakib. Tulisan ini memaparkan sebahagian daripada keistimewaan, karamah dan kejadian-kejadian aneh yang berlaku ke atasnya yang menggambarkan beliau sebagai orang

Fadhilat Doa Nurrun Nubuwwah

Doa Nurun Nubuwwah di katakan memiliki khasiat yang banyak sekali dan sangat menakjubkan terhadap siapa yang suka membaca dan mengamalkannya dengan ikhlas hati benar-benar kerana Allah. “Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perba