Kisah pertemuan Nabi Musa a.s dengan Nabi Khidir merupakan satu kisah aneh dan menjadi satu catatan dalam sejarah para nabi.Setiap perancangan Allah s.w.t itu mempunyai hikmah yang tersembunyi.
Kisahnya bermula apabila Nabi Musa mengumpulkan semua pengikutnya di satu kawasan dan diberi nasihat kepada pengikutnya supaya beriman kepada Allah dan sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t. menyeru Nabi Musa kepada kaumnya,
“Wahai kaumku, adakah di antara kamu mengetahui perkara-perkara ghaib?”.Tidak ada seorang pun dalam kalangan kaumnya mengakui mengetahui perkara ghaib. Maka berkata Nabi Musa kepada kaumnya :
“ Ketahuilah bahawa aku adalah manusia yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib.”
Kata-kata Nabi Musa itu telah menyebabkan dia ditegur oleh Allah s.w.t.
“ Wahai Musa! Engkau tidak berhak berkata demikian. Ketahuilah bahawa ada hambaKU yang paling mengetahui perkara ghaib?.Jika engkau mahu menemui hambaKU, maka berjalanlah engkau. Jika sudah berada di antara pertemuan dua buah lautan maka berhentilah, engkau akan berjumpa denganya. Dia bernama Khidir”.
Kemudian, Nabi Musa bersama sahabatnya yang bernama Yusha bin Nun memulakan perjalanan dengan membawa seekor ikan yang diletakkan dalam satu bekas.(EFEK) Allah s.w.t memerintahkan Nabi Musa supaya membawa seekor ikan, di mana ikan itu meluncur ke laut, di situ lah Nabi Musa akan menemui Nabi Khidir. Mereka meneruskan perjalanan hingga tiba di satu kawasan yang mempunyai sebuah batu besar di pinggir pantai.Mereka merehatkan badan untuk menghilangkan penat, lalu mereka tertidur.Ketika itulah ikan yang mereka bawa tadi melompat dan terus masuk ke laut.
Perkara ini diceritakan oleh sahabatnya kepada Nabi Musa.Kemudian Nabi Musa memaklumkan kepada sahabatnya itu bahawa itu lah tempat yang mereka cari.Mereka meneruskan perjalanan untuk mencari pertemuan antara dua lautan.Apabila mereka sampai di tempat yang dimaksudkan.Nabi Musa melihat seseorang yang sedang duduk berselimutkan pakaian yang rapat. Mereka menghampiri manusia itu lalu mengucapkan salam.
“ Assalamualaikum, aku Musa. Apakah engkau yang bernama Khidir? Soal Nabi Musa.
“ Waalaikumussalam, betul aku Khidir. Apakah engkau Musa dari bani Israil?”.Soal Khidir.
“ Ya betul, wahai saudaraku Khidir, bolekah aku mengikutimu untuk belajar ilmu yang engkau miliki?” soal Musa.
Nabi Khidir menjawab :“ Wahai Musa, ketahuilah sesunguhnya engkau memiliki ilmu yang Allah ajarkan kepadamu dan aku tidak mengetahuinya. Dan aku memiliki ilmu yang Allah ajarkan kepadaku yang engkau pun tidak mengetahuinya.Musa, sama sekali engkau tidak akan dapat bersabar ketika mengikutiku nanti”.
“ Tolonglah wahai Khidir, aku ingin sekali mengetahui ilmumu”. Pinta Nabi Musa kepada Khidir.
“ Baiklah, jika engkau ingin berilmu denganku, engkau jangan sekali-kali bertanya dan menggugat apa yang aku lakukan”. Pinta Khidir.
Nabi Musa menyetujui permintaan itu dan mereka menyusuri tepi pantai, tatkala mereka telah menaiki perahu, maka Nabi Khidir pun memecahkan sebahagian perahu itu.Kejadian ini mengejutkan Nabi Musa, dia hairan mengapa Nabi Khidir memecahkkan perahu tersebut.Lalu Nabi Musa bertanya kepada Nabi Khidir.
“ Mengapakah engkau memecahkan perahu ini, tentu engkau akan membinasakan penumpangnya, sesungguhnya perbuatan engkau sangat jahat sekali”.
“ Bukankah sudah aku katakana kepadamu wahai Musa, engkau tidak dapat sabar bersamaku”. Jawab Khidir. Ternyata Nabi Musa telah terlupa akan janji-janjinya bersama Khidir sebelum mereka memulakan perjalanan.
Kemudian mereka meneruskan lagi perjalanan sehingga bertemu dengan seorang anak kecil, lalu Nabi Khidir membunuh anak tersebut.Sekali lagi kejadian yang tidak disangka oleh Nabi Musa berlaku dihadapannya. Terus Nabi Musa bertanya kepada Khidir :
“Mengapakah engkau membunuh seorang jiwa yang bersih dan suci, sedangkan dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.”
Nabi Khidir menjawab dengan jawapan yang sama. Selepas kejadian itu, mereka meneruskan perjalanan hingga s[tiba di sebuah negeri iaitu Antakia, lalu mereka meminta supaya orang negeri itu memberi mereka sedikit makanan, namun permintaan mereka ditolak. Mereka tidak diberikan makanan oleh penduduk negeri tersebut.Dalam negeri tersebut terdapat sebuah rumah lama yang hamper roboh. Lalu Nabi Khidir membaikinya hingga selesai.Setelah selesai rumah itu dibaiki, maka berkata Nabi Khidir kepada Nabi Musa.
“Sesungguhnya ini adalah titik pemisah antara kita.nanti aku akan beritahu kepada kamu atas apa yang telah aku lakukan, yang engkau tidak sabar itu. memang perahu yang aku pecahkan itu milik orang miskin, akan tetapi diseberang sana ada seorang raja yang akan merampas perahu mereka. Jadi apabila perahu itu rosak, maka raja tersebut tidak dapat merampas perahu ini dan pemilik perahu ini tidak akan dianiayai oleh raja yang zalim itu. adapun anak muda yang aku bunuh itu memilik ibu bapa yang beriman, namun apabila dewasa anak itu tidak akan mengikut jejak ibu bapanya. Dan aku telah berdoa kepada Allah s.w.t supaya diberi anak yang soleh dan lebih suci daripada anak itu.rumah yang aku baiki ini adalah milik dua orang anak yatim, di dalam rumah ini ada harta yang ditinggalkan oleh bapa mereka. Maka Allahg menghendaki supaya keduanya sampai dewasa, lalu mereka dapat mewarisi harta ini dan harta ini tidak akan dirampas oleh orang lain.”
Kata-kata akhir Nabi Khidir kepada Nabi Musa cukup menarik. Nabi Khidir menyatakan apa yang dilakukannya bukan atas kemahuannya, tetapi kemahuan Allah. Hal ini disebutkan dalam surah al-Kahfi ayat 82 :
“Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada “Harta terpendam” kepuyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang Yang soleh. maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka Yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). dan (ingatlah) Aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara Yang Engkau tidak dapat bersabar mengenainya”.
Begitulah berakhirnya pertemuan antara Nabi Musa dengan Nabi Khidir.Kisah yang memberikan pengajaran kepada kita semua supaya sentiasa bersabar dalam menuntut ilmu. Ilmu Allah s.w.t itu sangat luas, kita hanya memilik apa yang Allah s.w.t berikan dan izinkan sahaja. Itulah sifat pemurah dan penyayang Allah s.w.t terhadap hamba-hambaNYA.(Alkumayi, 2008)
Kesimpulan
Kisah Nabi Khidir yang dipaparkan oleh penulis dalam atikel ini merupakan sebuah kisah yang aneh dan diluar jangkauan kita sebagai manusia biasa.Seperti kejadian-kejadian yang berlaku antara Nabi Musa dan Nabi Khidir.Maha Suci Allah yang mengetahui segala yang tersurat dan tersirat.Penulis berharap atikel ini dapat memberikan manfaat kepada semua pembaca.Tambahla ilmu selagi kita msih bernyawa.
Sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :“ Sampaikan lah daripadaku walaupun satu ayat”.Hadis ini memberi makna kepada kita supaya setiap menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat.Kisah Nabi Khidir ini memang anieh.Hingga kini masih belum ada riwayat mahupun bukti yang mengatakan bahawa Nabi Khidir telah meninggal dunia.
Sekadar Berkongsi....
Ulasan
Catat Ulasan