Apa yang dimaksudkan dengan mandikan keris? Bagi aku mandikan keris hanya la untuk membersihkan karat atau kotoran pada sebilah keris supaya besi pada keris itu boleh bertahan lama (jadi bolehlah dijadikan pusaka supaya warisan kita nie x luput pada generasi yang akan dtg). Tapi kalau siap bermantra dan buat benda pelik2 (itu aku x tau la) bagai aku itu syarat yang ditetapkan pada khodam atau jin yang menjaga keris itu. Tapi yang aku dapat tips penjagaan keris dari blog lain ni sama yang aku buat. Jadi aku berkongsi sedikit.
Setahu aku untuk mandikan keris bukan la tiap2 malam jumaat. Kalau rajin teruskan. Yang cantek setiap awal muharram iaitu setahun sekali sahaja bagi tujuan memudahkan seseorang itu mengingati hari mereka mahu memandikan keris untuk yang akan datang . Dan keris mesti di minyakkan (guna minyak atar yang pekat) pada setiap malam kliwon atau sebulan sekali. Tp ada juga yang buat hari lain, sebenarnya xda apa2 pown bagi aku.
Kekuasaan bukan datang dari kita tapi dari Allah S.W.T. Satu lagi malam kliwon banyak yang aku dengar orang kata malam jumaat. Sebenarnya bukan tiap2 malam jumaat tetapi ada harinya. Cuba check balik atau search google kelender jawa. Dekat situ korang dapat belajar apa itu kliwon (sebenarnya diantara salah satu hari pada kelender jawa). Nanti ada masa aku cari info mengenai malam kliwon ni pulak.

Jadi ini adalah tips2 penjagaan keris.
Persediaan
1.Sediakan bilah keris yang ingin dicuci.
2.Sediakan batang pisang yang segar berukuran 3 hingga 4 kaki panjang.
3.Beberapa biji limau nipis.
4.Air kelapa tua / Cuka makanan (bagi memberi ketahanan pada besi sekaligus membuang karat). Ini juga akan bertindak sebagai penebat besi dari karat.
4.Seruas buluh yang berukuran sama panjang dengan mata bilah keris yang ingin dicuci.
5.Air mawar (Bagi mewangikan bilah) ATAU seeloknya Minyak Atar (Unsur minyak bagi memberi ketahanan pada besi. Jenis atar bagi mewangikan).
Cara-Caranya
1. Apabila bilah keris sudah tersedia, tikamkan mata serta bilah keris itu tadi pada batang pisang beberapa kali bagi membuang karat peringkat pertama.
2. Setelah keris itu basah dari hasil batang pisang tersebut, kita masuk ke peringkat kedua dengan menggosok mata bilah dengan limau nipis sehingga hilang karat tersebut. Dari sini, bilah keris akan kelihatan putih berseri-seri dan adakalanya binaan pamor juga akan hilang dari bilah keris.

Tetapi jangan risau, pamor yang indah itu akan kembali semula.
3. Kemudian, pecahkan sebiji kelapa tua dan masukkan airnya (atau cuka makanan) di dalam ruas buluh yang tersedia tadi (yang sama panjangnya dengan mata bilah keris) dan rendam. Seeloknya, biarkan ianya semalaman bagi mendapatkan hasil.

4. Kebiasaan yang aku lakukan ialah rendaman 3 hari 3 malam.Selepas proses merendam bilahnya, keluarkan bilah keris itu dari ruas buluh, basuhkan dengan air mawar (atau air rendaman beras) bagi mencuci sisa karat yang masih berbaki.
5. Jika ingin mewangikan bilah keris itu pula, maka sapukan dengan minyak atar dan yang sebaik-baik minyak bagi tujuan ini adalah minyak Zafaron, minyak Misik, minyak Gaharu, minyak Cendana atau kalau ada kenalan dari Indonesia, cuba dapatkan ‘Warangan’. dengan penyapuan minyak tersebut, bilah keris akan kembali menjadi hitam dan pamor akan kembali kelihatan. Akhir sekali, proses pengeringan mata bilah tersebut.
Penggunaan Keminyan
Penggunaan keminyan boleh digantikan dengan minyak atar bagi tujuan yang sama untuk mengelakkan karat. Fungsi keminyan yang diasapkan pada keris seperti yang aku tahu asap keminyan ini tebal lalu ia mempunyai getah untuk menutup pori2 besi bagi mengelakkan karat (aku panggil getah kalau korg tak tau la). Selain dari itu juga ia jua bagi tujuan pengeringan. Bau keminyan ini juga wangi, oleh itu ia jua boleh bertujuan seperti minyak atar bagi mewangikan bilah keris tersebut.
Sekadar Berkongsi....
Maaf sekadar bertanya...di indon mereka mengunakan sejenis alat iaitu air warangan yang terkandung arsenik...boleh ke kita ganti air tu dengan cair arsenik je
BalasPadamarsenik saja pun pekat sangat.. tak molek
Padamarsenik dalam warangan bahaya kah kalau melekat di tangan.. apakah cara untuk menghilangkan warangan di keris dan diganti dengan minyak cenang atau minyak atar
BalasPadam