Pasti ramai yang terpegun apabila melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana sebilah keris boleh ‘berdiri’ dengan sendirinya. Mungkin ada juga yang menganggap ia berdiri disebabkan terdapat khadam atau jin di dalam keris itu.
Menurut seorang pengamal seni silat,Kamaruddin Yusof, keris yang berdiri menunjukkan senjata itu mempunyai keseimbangan yang unik antara hulu dan matanya.
“Keris tidak bangun berdiri dengan sendiri disebabkan ada khadam atau jin yang menjaganya. Bukan itu penyebab keris boleh berdiri sendiri. Sebaliknya, keris dapat ditegakkan kerana hasil pembuatan yang betul dan halus sehingga dapat diseimbangkan dengan cara berdiri,” katanya ketika ditemui S2.
Katanya, bukan sahaja keris, malah parang dan senjata besi yang lain juga dapat ditegakkan sekiranya pembuatannya betul dan tidak mengalami sebarang kecacatan semasa proses tempaan.
“Namun, proses untuk menegakkan keris atau senjata besi itu kadang-kadang ada yang menjadi, kadang-kala tidak menjadi. Ia juga perlukan kemahiran,” katanya.
Mengenai khadam pula, Kamaruddin berkata, keris tidak memiliki kuasa kekebalan hanya disebabkan besi yang ditempa, sebaliknya kelebihan itu disebabkan oleh jin yang dimasukkan ke dalam keris itu.
“Antara barangan yang perlu ada ialah kemenyan, bertih padi, limau nipis dan tujuh jenis bunga. Ada waktu tertentu untuk memasukkan khadam dan perlu mengikut kalendar Islam,” katanya.
Selepas diasapkan dengan kemenyan yang menjadi penghubung untuk memanggil jin, keris tersebut disapu dengan limau nipis dan bunga-bungaan. Kemudian baharulah khadam dipanggil untuk masuk ke dalam keris tersebut.
Katanya, zaman dahulu, perbuatan itu adalah satu keperluan kepada pemilik keris bertujuan menjaga keselamatan termasuk ketika berlawan dengan musuh. Namun pada hari ini, penggunaan keris dan jampi serapah memasukkan jin telah menjadi sesuatu yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar dan menjurus kepada perbuatan khurafat.
Beliau berkata, apabila keris tersebut ‘berisi’, keris itu perlu disimpan di tempat yang berudara seperti menggantung di dinding dan bukan disimpan berbungkus di dalam almari atau tempat yang gelap.
“Jika keris berkhadam ini ‘dikurung’, keris itu akan lemas. Sebab itulah, kadangkala akan berbunyi atau jatuh dengan sendirinya. Jika tidak dijaga juga, pemilik atau warisnya akan menjadi ‘panas’ serta hidup menjadi tidak aman,” katanya.
Malah, katanya, keris berkhadam ini juga berupaya merasuk ke dalam tubuh manusia kerana tidak dijaga oleh pemilik atau waris. Namun, Kamaruddin berkata, khadam di dalam keris boleh dibuang dengan izin Allah, namun perlu melihat kembali kepada perjanjian antara pemilik terdahulu dengan jin tersebut sewaktu proses memasukkannya ke dalam keris itu dilakukan.
Pendapat saya:
Oleh dari itu keris adalah alat senjata melayu yang agak unit dari segi pembuatannya. Sepertimana yang kita tahu, keseimbangannya boleh diukur apabila sebilah keris itu didirikan (seperti dalam gambar). Dari sudut ini kita boleh lihat betapa halusnya seni pembuatan keris melayu. Oleh itu janganlah dihina keris dari segi mistik tapi bangga la kita akan keunikkannya dan warisan bangsa melayu diantara tamadun dunia yang hebat.

Info:
Pemujaan keris, masukkan khadam atau jin di dalam sebilah keris bagi tujuan kekebalan atau lain2 lagi adalah perkara yang haram kita lakukan kerana telah bertentangan dengan Al Quran dan Sunnah sama sekali. Oleh itu, tinggalkan kerana perkara itu adalah perkara yang sia sia dan berdosa besar ini.

Sekadar Berkongsi
Info dari Utusan Online...
Info dari Utusan Online...
Assalam..tuan..tumpang share ye..ayah saya baru je bukak kedai koleksi keris lama di Ampang, Selangor. Ada pelbagai jenis keris ada, dari lok 1 hinggalah lok 37. Kot ada kenalan yg berminat, mencari nak membeli, atau membuang penyelidikan tentang keris boleh la hubungi saya..inshaaAllah :)
BalasPadamAssalamualaikum hazzdloki..boleh bagi alamat kat ampang tue..
PadamWaalaikumsalam, ye boleh, Jalan AWF 2, Ampang Watefront, 68000 Ampang, Selangor. Seeloknya call ayah dulu pun boleh, 019-3577082 :)
PadamNama kedai Irni Jaya Enterprise ye
Padam