Langkau ke kandungan utama

Kisah Tok Janggut Tokoh Pejuang Tanah Melayu

Latar Belakang Tok Janggut

*Nama sebanarnya ialah Haji Mat Hassan bin Munas
*Beliau juga dikenali sebagai “Tok Janggut” keran beliau menyimpan janggut sehingga ke paras dada.
*Anak kelahiran Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan.
*Mendapat pendididikan di sebuah pondok di negeri Kelantan.
*Beliau menetap di Kampung Nering, Kelantan
*Sangat mahir dalam ilmu persilatan.
*Bekerja sebagai petani dan peniaga.


Sejarah Perjuangan Tok Janggut

Tok Janggut atau nama sebenar beliau Haji Hassan bin Panglima Mat Munas. Beliau dikatakan menyimpan janggutnya sehingga keparas dada, disebabkan itulah beliau digelar Tok Janggut. Beliau mendapat pendidikan di Mekah serta mahir bersilat.

Punca perang Tok Janggut adalah cukai yang diperkenalkan oleh kerajaan British yang masuk campur dalam urusan pentadbiran negeri Kelantan sejak Perjanjian Inggeris-Siam 1909.

Pada awalnya Tok Janggut dan pengikutnya tidaklah menentang soal cukai.Tetapi disebabkan proses untuk membayar cukai menjadi sulit dan menyusahkan, membuat Tok Janggut serta pengikut lewat membayar cukai, dan kena hadir ke mahkamah. Tok Janggut Ingkar dan tidak hadir ke mahkamah, begitu juga pengikutnya.

Dari situ tercetusnya perang. Tok Janggut dan pengikutnya pada waktu di gelar sebagai 'pemberontak'. Kini barulah beliau dipandang sebagai wira dan perjuang yang berani menentang Bristish. Walaupun dia terkorban dalam menpertahankan hak. Jenazah tok janggut teruk diseksa.


Faktor Penentangan Tok Janggut

British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajikan petani membayar cukai tanah pada tahun 1915.

Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai pokok kelapa yang berbuah, cukai pokok pinang, cukai daun sireh dan ternakan lembu serta kerbau.

Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak di Bandar.Penduduk yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda.Sikap biadap pegawai British yang bertugas menimbulkan kemarahan penduduk terhadap British.

Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam berjihad menentang penjajah Barat. Tok Janggut menyahut seruan tersebut dengan melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Busana Melayu

BUSANA MELAYU ERA KESULTANAN MELAYU MELAKA Pemahaman Busana Tradisional Melayu (Adat & Adab) 1. Pemakaian Baju Melayu telah dikuatkuasakan sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444) – Sultan ketiga dari empayar Kesultanan Melayu Melaka. Beliau telah mengeluarkan satu bentuk titah yang melarang orang-orang Melayu memakai cara Atas Angin (Arab, India & Eropah) serta cara Bawah Angin (China & Khmer). Pada hari Jumaat juga semua lelaki Melayu di kehendaki pergi ke Masjid dengan memakai sepersalinan bersih dan cantik lengkap bertanjak dengan wangian kasturi. Pemakaian serban Arab bagi lelaki Melayu hanya dibenarkan di dalam masjid sahaja. 2. Asal baju Melayu & baju sikap / layang adalah berlengan pendek (3 suku). Ada juga baju Melayu yang di buat tidak berlengan. Asal seluar Melayu juga adalah pendek separas betis kaki. Pada zaman Bendahara Paduka Raja Abdul Jalil diangkat menjadi Sultan Johor setelah mangkatnya Sultan Mahmud II (Mangkat dijulang ) pad...

Keunikkan Dan Maksud Lok Keris Melayu

Keris merupakan salah satu senjata bagi kebanyakan hulubalang dan pahlawan Melayu suatu ketika dahulu. Keris juga melambangkan kegagahan, keperwiraan, kedudukan atau darjat pemiliknya. Keris dibuat/ditempa khusus untuk seseorang individu berdasarkan kehendak, keperluan dan kesesuaian yang mana boleh mewujudkan pertalian antara keris dan pemiliknya. Pemilihan bahan-bahan yang digunakan bagi membentuk sesebuah keris juga merupakan salah satu perkara utama yang diberi perhatian oleh pembuat senjata. Unsur mistik juga sering dikaitkan dengan keris dimana sesetengah keris yang dibuat khas mempunyai keistimewaan tersendiri dan mampu memberi kelebihan kepada pemiliknya seperti Keris Taming Sari. Keistimewaan berkenaan memerlukan jagaan rapi dan adakalanya membuatkan keris berkenaan sukar untuk bertukar milik/tidak boleh berpindah milik sebarangan. Saya kali ini akan menerangkan dengan ringkas mengenai maksud bagi bilangan lok yang terdapat pada Keris Melayu. Jika diperhatikan, Keri...

Fadhilat Doa Nurrun Nubuwwah

Doa Nurun Nubuwwah di katakan memiliki khasiat yang banyak sekali dan sangat menakjubkan terhadap siapa yang suka membaca dan mengamalkannya dengan ikhlas hati benar-benar kerana Allah. “Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perba...