Langkau ke kandungan utama

Puisi Dalam Keris

Penulis terbaca sedutan daripada satu puisi yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia hari ini.
Ayat-ayatnya sangat menarik dan melambangkan seorang penulis puisi yang tinggi tahap pemikirannya.
Puisi ini ditulis oleh Dr Tenas Effendy yang terkenal dengan hasil-hasil tulisannya merakamkan ungkapan-ungkapan tradisional Melayu Riau yang kaya dengan nasihat dan pengajaran.
Penulis berharap ada yang di antara rakan-rakan sekelian mempunyai versi yang lebih lengkap daripada di bawah ini.
Puisinya:

Di dalam keris yang sebilah
Terkandung tuah dan maruah
Yang tuahnya selilit kepala
Yang maruahnya selilit pinggang
Yang tersembunyi di dalam mata
Yang tersimpan dalam pamor
Yang tersorok dalam sepuhan
Yang terselindung dalam besi
Yang terpatri dalam baja
Yang terpegang dalam hulu
Yang terlekat dalam sarung.

Penulis berharap agar artikel kali ini akan menimbulkan rasa bangga menjadi seorang Melayu yang tinggi darjat dan kaya adatnya.
Sekadar Berkongsi.......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Busana Melayu

BUSANA MELAYU ERA KESULTANAN MELAYU MELAKA Pemahaman Busana Tradisional Melayu (Adat & Adab) 1. Pemakaian Baju Melayu telah dikuatkuasakan sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444) – Sultan ketiga dari empayar Kesultanan Melayu Melaka. Beliau telah mengeluarkan satu bentuk titah yang melarang orang-orang Melayu memakai cara Atas Angin (Arab, India & Eropah) serta cara Bawah Angin (China & Khmer). Pada hari Jumaat juga semua lelaki Melayu di kehendaki pergi ke Masjid dengan memakai sepersalinan bersih dan cantik lengkap bertanjak dengan wangian kasturi. Pemakaian serban Arab bagi lelaki Melayu hanya dibenarkan di dalam masjid sahaja. 2. Asal baju Melayu & baju sikap / layang adalah berlengan pendek (3 suku). Ada juga baju Melayu yang di buat tidak berlengan. Asal seluar Melayu juga adalah pendek separas betis kaki. Pada zaman Bendahara Paduka Raja Abdul Jalil diangkat menjadi Sultan Johor setelah mangkatnya Sultan Mahmud II (Mangkat dijulang ) pad...

Keunikkan Dan Maksud Lok Keris Melayu

Keris merupakan salah satu senjata bagi kebanyakan hulubalang dan pahlawan Melayu suatu ketika dahulu. Keris juga melambangkan kegagahan, keperwiraan, kedudukan atau darjat pemiliknya. Keris dibuat/ditempa khusus untuk seseorang individu berdasarkan kehendak, keperluan dan kesesuaian yang mana boleh mewujudkan pertalian antara keris dan pemiliknya. Pemilihan bahan-bahan yang digunakan bagi membentuk sesebuah keris juga merupakan salah satu perkara utama yang diberi perhatian oleh pembuat senjata. Unsur mistik juga sering dikaitkan dengan keris dimana sesetengah keris yang dibuat khas mempunyai keistimewaan tersendiri dan mampu memberi kelebihan kepada pemiliknya seperti Keris Taming Sari. Keistimewaan berkenaan memerlukan jagaan rapi dan adakalanya membuatkan keris berkenaan sukar untuk bertukar milik/tidak boleh berpindah milik sebarangan. Saya kali ini akan menerangkan dengan ringkas mengenai maksud bagi bilangan lok yang terdapat pada Keris Melayu. Jika diperhatikan, Keri...

Fadhilat Doa Nurrun Nubuwwah

Doa Nurun Nubuwwah di katakan memiliki khasiat yang banyak sekali dan sangat menakjubkan terhadap siapa yang suka membaca dan mengamalkannya dengan ikhlas hati benar-benar kerana Allah. “Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perba...