Dato' Maharaja Lela Pandak Lam adalah salah seorang pembesar delapan Perak. Pandak Lam adalah keturunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Daeng Salili dating ke Perak ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III. Beliau dilantik sebgaai mufti Perak dan dianugerahkan gelaran Dato' Maharaja Lela Tan Lela dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.
Beliau terlibat dalam perjuangan menentang British di Perak dan merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan tersebut. Beliau bersama-sama dengan pemimpin lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato' Sagor) dan Ngah Kandin telah merancang dan membuat pakatan menentang penglibatan British di Perak dengan membunug Residen British iaitu James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch).
Faktor Penentangan
Pada 24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai. Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani pengisytiharan. Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai timah di Bidor.
2. Mencabar Ketuanan Melayu
Kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak pada 2 Oktober 1875. Sultan Abdullah didesak menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada British. Kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen. Residen berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu.
3. Memperkenalkan Cukai Baru
Birch bertindak sesuka hati dengan Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi, perahu atap, senjata dan bayaran permit untuk membalak. Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai kelamin.
4. Mencabuli Adat Resam
Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat resam Melayu. Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba perempuan dirumahnya.
Peristiwa Penentangan
Pada 2 November 1875 Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British. Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan itu untuk membunuh Birch. Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak. Pasukan British dikalahkan dan Kapten Innes terkorban. Pertempuran ini dikenali sebagai ‘Perang Perak’ dan berlaku hampir setengah tahun. Pada 7 November 1875 pertempuran berlaku di Bandar Tua. Pejuang Perak akhirnya dikalahkan setelah British dibantu oleh tentera dari India dan Hong Kong.
Ulasan
Catat Ulasan