Langkau ke kandungan utama

Memelihara Capal Warisan

Sedar atau tidak, capal yang menjadi sebahagian daripada warisan Melayu kini semakin dilupai oleh masyarakat sekarang terutama di kalangan generasi muda.

Mengimbau sejarah capal, ia dikatakan dibawa oleh pedagang India yang memakai selipar jenis tersebut ketika mereka datang ke Tanah Melayu dan Nusantara beratus tahun lampau.

Capal kemudian menjadi popular di kalangan bangsawan Melayu pada satu masa dahulu, malah ia kekal dipakai dalam kehidupan seharian pada era 1980-an.

Melihat pada perusahaan capal di negara kini, ia hanya dihasilkan secara kecil-kecilan memandangkan pembuatannya yang agak rumit selain memerlukan kepakaran.

Keadaan itu menyebabkan capal tidak banyak dijual seperti kasut-kasut lain yang menjadi kegemaran khalayak pada masa kini.

Namun begitu, capal masih digunakan pada majlis perkahwinan apabila menjadi pilihan kebanyakan pengantin lelaki selain pada Hari Raya Aidilfitri.

Capal biasanya dipakai apabila berbaju Melayu kini telah mengalami transformasi apabila ramai yang memakainya dengan pelbagai jenis fesyen pakaian.

Menyedari capal adalah warisan yang perlu dipelihara serta dikekalkan, Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) menganjurkan bengkel teknik membuat capal baru-baru ini.

Bengkel selama sehari itu disertai 40 orang termasuk peserta dari Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan Yayasan Warisan Johor selain penduduk tempatan.

Bengkel ini bertujuan menarik minat mereka yang terlibat untuk mengetahui cara pembuatan capal dengan lebih dekat.

Sepanjang bengkel ini berlangsung, peserta didedahkan dengan cara-cara pembuatan capal oleh seorang pengusaha tunggal capal yang terkenal di negeri ini, Mohammad Amin Mustafa, 47.

Menurut Mohammad Amin, pembuatan capal mengambil masa yang panjang dan sukar jika seseorang itu tidak mempunyai kepakaran serta teknik.

Beliau berkata, kesabaran perlu ada dalam menghasilkan pembuatan capal dan kepuasan dapat dicapai selepas capal siap serta sudah boleh dipakai.

Menurutnya, capal yang popular adalah berwarna hitam, coklat dan putih tetapi warna lain juga dibuat jika mendapat tempahan pelanggan.

Sementara itu, Pengurus Besar Perzim, Khamis Abbas berkata, bengkel ini dianjurkan pihaknya kerana ingin mengekalkan warisan Melayu yang kini semakin dilupakan.

''Pihak Perzim yakin, dengan penganjuran bengkel sebegini ia mampu menarik perhatian peserta dalam menghasilkan capal sendiri ataupun menggalakkan budaya memakai capal.

''Bengkel ini juga memberi kesedaran kepada kita agar penggunaan capal yang menjadi warisan itu tidak terkubur begitu saja dan terus dipakai dalam kehidupan seharian," katanya.

Menurut Khamis, pihak Perzim akan berusaha menganjurkan lebih banyak bengkel pada tahun ini khususnya program yang melibatkan warisan negeri.

''Bukan sahaja melibatkan penduduk tempatan dan pelajar sekolah, bengkel-bengkel warisan yang bakal dianjurkan bakal menarik minat pelancong luar negara.

''Keadaan ini dapat menarik perhatian mereka dalam mempamerkan warisan negeri ini yang sememangnya mempunyai pelbagai khazanah dan sejarahnya tersendiri,'' katanya

Sekadar Berkongsi
Info daripada Utusan Online....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Busana Melayu

BUSANA MELAYU ERA KESULTANAN MELAYU MELAKA Pemahaman Busana Tradisional Melayu (Adat & Adab) 1. Pemakaian Baju Melayu telah dikuatkuasakan sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444) – Sultan ketiga dari empayar Kesultanan Melayu Melaka. Beliau telah mengeluarkan satu bentuk titah yang melarang orang-orang Melayu memakai cara Atas Angin (Arab, India & Eropah) serta cara Bawah Angin (China & Khmer). Pada hari Jumaat juga semua lelaki Melayu di kehendaki pergi ke Masjid dengan memakai sepersalinan bersih dan cantik lengkap bertanjak dengan wangian kasturi. Pemakaian serban Arab bagi lelaki Melayu hanya dibenarkan di dalam masjid sahaja. 2. Asal baju Melayu & baju sikap / layang adalah berlengan pendek (3 suku). Ada juga baju Melayu yang di buat tidak berlengan. Asal seluar Melayu juga adalah pendek separas betis kaki. Pada zaman Bendahara Paduka Raja Abdul Jalil diangkat menjadi Sultan Johor setelah mangkatnya Sultan Mahmud II (Mangkat dijulang ) pad...

Keunikkan Dan Maksud Lok Keris Melayu

Keris merupakan salah satu senjata bagi kebanyakan hulubalang dan pahlawan Melayu suatu ketika dahulu. Keris juga melambangkan kegagahan, keperwiraan, kedudukan atau darjat pemiliknya. Keris dibuat/ditempa khusus untuk seseorang individu berdasarkan kehendak, keperluan dan kesesuaian yang mana boleh mewujudkan pertalian antara keris dan pemiliknya. Pemilihan bahan-bahan yang digunakan bagi membentuk sesebuah keris juga merupakan salah satu perkara utama yang diberi perhatian oleh pembuat senjata. Unsur mistik juga sering dikaitkan dengan keris dimana sesetengah keris yang dibuat khas mempunyai keistimewaan tersendiri dan mampu memberi kelebihan kepada pemiliknya seperti Keris Taming Sari. Keistimewaan berkenaan memerlukan jagaan rapi dan adakalanya membuatkan keris berkenaan sukar untuk bertukar milik/tidak boleh berpindah milik sebarangan. Saya kali ini akan menerangkan dengan ringkas mengenai maksud bagi bilangan lok yang terdapat pada Keris Melayu. Jika diperhatikan, Keri...

Fadhilat Doa Nurrun Nubuwwah

Doa Nurun Nubuwwah di katakan memiliki khasiat yang banyak sekali dan sangat menakjubkan terhadap siapa yang suka membaca dan mengamalkannya dengan ikhlas hati benar-benar kerana Allah. “Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perba...