Langkau ke kandungan utama

Bangsa Melayu Mengikut Ulama

Sejarah sebenar Melayu seperti yang Disampaikan Ulama Muktabar tanpa bercampur dengan sejarah rekaan atau hasil kajian Penjajah, bukti Melayu-Islam Islam-Melayu, Makna Melayu, Syarat bergelar Bangsa Melayu.

Satu-satunya bangsa didunia yang apabila dinamakan oleh ulama' (Sheikh Abdullah Al-Qumairy, anak Murid Sultanul Auliya Ghaus ul Azam Syed Sheikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani Q.S), Ketika menamakan bangsa ini, Beliau menyatakan syarat seseorang menjadi bangsa Melayu adalah:

1.WAJIB BERAGAMA ISLAM (AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH),
2.HIDUP CARA ISLAM.

Jika tidak, GUGUR KALMAH MELAYU Keatas Mereka.

Petikan Ucapan Mufti pertama Tanah Melayu Syed Sheikh Abdullah Al Qumairi R.A:
" Kepada mana-mana org dari keturunan ini yg meninggalkan Agama Islam atau menerima Agama yg lain atau berpaling tadah kpd kefahaman nenek moyang yg dahulu (Dubar/Derdar) atau tidak lagi menerima pakai cara hidup Islam, di kala itu dengan sendirinya gugurlah kalimah melayu pd diri mereka itu.

Kitab Hadiqatul Azhar War Rayahin Jilid 1

Al Alim Allamah Az Zaki Asy Sheikh Wan Ahmad Bin Sheikh Wan Muhammad Zain Al Fathani R.A, ulama tersohor bangsa Melayu di Makkah dan Nusantara)

Makna bagi Melayu ialah:-:
الرؤسأ سمو بذلك لأنهم ملأ بما يحتاج أليه
“ Pemimpin-pemimpin, dinamakan dengan demikian itu kerana pemimpin ini mereka mampu memenuhi hajat orang lain.” Lisanul Arab.
والملأ: ألخلق الملئ بما يحتاج أليه
“ Memiliki akhlak yang memenuhi keperluan orang lain. ” Imam Abu Manzur.
والملأ: الجماعة أشراف القوم
... “ Satu al jamaah, Bangsa yang mulia ”- Qamus al ma’ani.
والملأ : الأشراف من الناس
“ Manusia yang paling mulia di kalangan Manusia”- tafsir Qurtubi.

Bangsa ini dikenali sebagai “Islam Melayu, Melayu Islam” yang tidak boleh dipisahkan sama sekali iaitu mereka yang beragama Islam dan bermastautin disini atau orang-orang Islam dari rata-rata yang berhijrah dan bermastautin disini rata-rata dipanggil Melayu.
Sedemikian sejarah ini telah direalisasikan dan termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia 160(2), syarat untuk menjadi melayu wajiblah seseorang itu:-
1 Beragama Islam.
2 Bertutur di dalam bahasa melayu.
3 Berbudaya dengan budaya melayu.

Cebisan Dalam Blog Lain

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Busana Melayu

BUSANA MELAYU ERA KESULTANAN MELAYU MELAKA Pemahaman Busana Tradisional Melayu (Adat & Adab) 1. Pemakaian Baju Melayu telah dikuatkuasakan sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444) – Sultan ketiga dari empayar Kesultanan Melayu Melaka. Beliau telah mengeluarkan satu bentuk titah yang melarang orang-orang Melayu memakai cara Atas Angin (Arab, India & Eropah) serta cara Bawah Angin (China & Khmer). Pada hari Jumaat juga semua lelaki Melayu di kehendaki pergi ke Masjid dengan memakai sepersalinan bersih dan cantik lengkap bertanjak dengan wangian kasturi. Pemakaian serban Arab bagi lelaki Melayu hanya dibenarkan di dalam masjid sahaja. 2. Asal baju Melayu & baju sikap / layang adalah berlengan pendek (3 suku). Ada juga baju Melayu yang di buat tidak berlengan. Asal seluar Melayu juga adalah pendek separas betis kaki. Pada zaman Bendahara Paduka Raja Abdul Jalil diangkat menjadi Sultan Johor setelah mangkatnya Sultan Mahmud II (Mangkat dijulang ) pad...

Keunikkan Dan Maksud Lok Keris Melayu

Keris merupakan salah satu senjata bagi kebanyakan hulubalang dan pahlawan Melayu suatu ketika dahulu. Keris juga melambangkan kegagahan, keperwiraan, kedudukan atau darjat pemiliknya. Keris dibuat/ditempa khusus untuk seseorang individu berdasarkan kehendak, keperluan dan kesesuaian yang mana boleh mewujudkan pertalian antara keris dan pemiliknya. Pemilihan bahan-bahan yang digunakan bagi membentuk sesebuah keris juga merupakan salah satu perkara utama yang diberi perhatian oleh pembuat senjata. Unsur mistik juga sering dikaitkan dengan keris dimana sesetengah keris yang dibuat khas mempunyai keistimewaan tersendiri dan mampu memberi kelebihan kepada pemiliknya seperti Keris Taming Sari. Keistimewaan berkenaan memerlukan jagaan rapi dan adakalanya membuatkan keris berkenaan sukar untuk bertukar milik/tidak boleh berpindah milik sebarangan. Saya kali ini akan menerangkan dengan ringkas mengenai maksud bagi bilangan lok yang terdapat pada Keris Melayu. Jika diperhatikan, Keri...

Fadhilat Doa Nurrun Nubuwwah

Doa Nurun Nubuwwah di katakan memiliki khasiat yang banyak sekali dan sangat menakjubkan terhadap siapa yang suka membaca dan mengamalkannya dengan ikhlas hati benar-benar kerana Allah. “Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perba...