Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

Tanjak Warisan Melayu

Tanjak, tengkolok atau destar adalah salah satu busana pada bahagian kepala lelaki Melayu yang sering dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat bangsa Melayu. Tanjak pada kebiasaanya akan dipadankan dengan bengkung, sampin dan baju Melayu beserta keris selit bagi pakaian lelaki Melayu. Tanjak belum lagi dicipta pada zaman sebelum zaman kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman itu, hanya sehelai kain digunakan dan diikat di kepala untuk menutup rambut supaya kelihatan kemas. Ikatan kain ini lama kelamaan berubah dan menjadi semakin cantik mengikut peredaran zaman, diolah dan diubahsuai mengikut taraf seseorang itu. Orang Melayu Melaka telah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk mengubah sehelai kain untuk dipakai sebagai penutup kepala. Tanjak dahulunya merupakan lambang status seseorang. Hanya yang berada sahaja pada ketika itu mampu memakainya dan tanjak juga merupakan sebahagian pakaian raja atau sultan. Tanjak raja pada zaman

Adakah Mistik Keris Berdiri?

Pasti ramai yang terpegun apabila melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana sebilah keris boleh ‘berdiri’ dengan sendirinya. Mungkin ada juga yang menganggap ia berdiri disebabkan terdapat khadam atau jin di dalam keris itu. Menurut seorang pengamal seni silat,Kamaruddin Yusof, keris yang berdiri menunjukkan senjata itu mempunyai keseimbangan yang unik antara hulu dan matanya. “Keris tidak bangun berdiri dengan sendiri disebabkan ada khadam atau jin yang menjaganya. Bukan itu penyebab keris boleh berdiri sendiri. Sebaliknya, keris dapat ditegakkan kerana hasil pembuatan yang betul dan halus sehingga dapat diseimbangkan dengan cara berdiri,” katanya ketika ditemui  S2. Katanya, bukan sahaja keris, malah parang dan senjata besi yang lain juga dapat ditegakkan sekiranya pembuatannya betul dan tidak mengalami sebarang kecacatan semasa proses tempaan. “Namun, proses untuk menegakkan keris atau senjata besi itu kadang-kadang ada yang menjadi, kadang-kala tidak menjadi. Ia juga pe

Keunikkan Dan Maksud Lok Keris Melayu

Keris merupakan salah satu senjata bagi kebanyakan hulubalang dan pahlawan Melayu suatu ketika dahulu. Keris juga melambangkan kegagahan, keperwiraan, kedudukan atau darjat pemiliknya. Keris dibuat/ditempa khusus untuk seseorang individu berdasarkan kehendak, keperluan dan kesesuaian yang mana boleh mewujudkan pertalian antara keris dan pemiliknya. Pemilihan bahan-bahan yang digunakan bagi membentuk sesebuah keris juga merupakan salah satu perkara utama yang diberi perhatian oleh pembuat senjata. Unsur mistik juga sering dikaitkan dengan keris dimana sesetengah keris yang dibuat khas mempunyai keistimewaan tersendiri dan mampu memberi kelebihan kepada pemiliknya seperti Keris Taming Sari. Keistimewaan berkenaan memerlukan jagaan rapi dan adakalanya membuatkan keris berkenaan sukar untuk bertukar milik/tidak boleh berpindah milik sebarangan. Saya kali ini akan menerangkan dengan ringkas mengenai maksud bagi bilangan lok yang terdapat pada Keris Melayu. Jika diperhatikan, Keri

Warisan Seni Bina Rumah Melayu

Seni Bina Rumah Melayu Tradisional Pengenalan Rumah kayu atau rumah kampung pada suatu masa dulu boleh dikatakan tidak asing bagi orang Melayu. Tapi dengan urbanisasi penduduk kini, ramai anak-anak Melayu yang tidak lagi mengenal apakah ciri bentuk sebenarnya rumah kayu tradisional maupun caranya dibangun tanpa paku. Sebelum kedatangan pengaruh luar dan telunjuk moden, penduduk asal Melayu dan Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera serta kaum Bumiputra/Pribumi lain di Borneo dan bahagian lain di alam Melayu telah mempunyai sistem perumahan yang canggih, cantik dan serasi dengan gaya hidup dan alam sekitar. Manakala orang Melayu dan Orang Asli di Semenanjung, Sumatera dan pulau-pulau lain biasanya membina rumah sebuah (ala banglo) yang didiami oleh sekeluarga besar; sesetengah suku-kaum di Borneo lebih gemar kepada konsep ‘rumah panjang’ yang memuatkan seluruh kampung. Yakni setiap keluarga menghuni satu bahagian seperti rumah pangsa yang dideretkan sebelah-menye