Langkau ke kandungan utama

Catatan

Walisongo Tanah Jawa

“ Walisongo ”  bererti sembilan orang wali Mereka adalah Maulana Malik Ibrahim, Sunan Ampel, Sunan Giri, Sunan Bonang, Sunan Dradjad, Sunan Kalijaga, Sunan Kudus, Sunan Muria, serta Sunan Gunung Jati. Mereka tidak hidup pada saat yang persis bersamaan. Namun satu sama lain mempunyai keterkaitan erat, bila tidak dalam ikatan darah juga dalam hubungan guru-murid Maulana Malik Ibrahim yang tertua. Sunan Ampel anak Maulana Malik Ibrahim. Sunan Giri adalah keponakan Maulana Malik Ibrahim yang berarti juga sepupu Sunan Ampel. Sunan Bonang dan Sunan Drajad adalah anak Sunan Ampel. Sunan Kalijaga merupakan sahabat sekaligus murid Sunan Bonang. Sunan Muria anak Sunan Kalijaga. Sunan Kudus murid Sunan Kalijaga. Sunan Gunung Jati adalah sahabat para Sunan lain, kecuali Maulana Malik Ibrahim yang lebih dahulu meninggal. Mereka tinggal di pantai utara Jawa dari awal abad 15 hingga pertengahan abad 16, di tiga wilayah penting. Yakni Surabaya-Gresik-Lamongan di Jawa Timur, Demak-Ku...

Dol Said Pahlawan Naning

Dol Said atau nama sebenarnya ABDUL SAID dilahirkan pada tahun 1773 dan meninggal dunia pada tahun 1849 ketika berusia 76 tahun. Beliau berketurunan suku Semelenggang, Dol Said juga adalah penghulu Naning yang ke sembilan selepas menggantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799 ketika beliau berusia 26 tahun. Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan yang membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam dua kempen peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn 1834 telah menjadikan Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka. Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan yang membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang...

Fadhilat Doa Nurrun Nubuwwah

Doa Nurun Nubuwwah di katakan memiliki khasiat yang banyak sekali dan sangat menakjubkan terhadap siapa yang suka membaca dan mengamalkannya dengan ikhlas hati benar-benar kerana Allah. “Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perba...

Jenis Ikatan Sampin Orang Melayu

Kain samping atau ‘samping’ menurut Kamus Dewan sebagai kain sarung yang dipakai selepas memakai seluar pada (pakaian Melayu) dan biasanya dari paras pinggang hingga paras lutut sahaja. Samping pula merujuk kepada ‘rusuk’. Kain samping, kadang kalanya menggunakan kain sarung sahaja. Kain samping ini juga sebagai ‘sampingan’ atau pelengkap dalam pemakaian baju Melayu. Ia dianggap sebagai salah satu bahagian penting dan menjadi pelengkap kepada lelaki Melayu semasa memakai pakaian tradisi baju Melayu. Ia diikat dari paras pinggang hingga jatuh ke aras lutut sahaja. Namun, ia dikecualikan kepada kanak-kanak lelaki kerana ia didapati lebih sesuai jika tidak bersamping. Jenis Jenis Ikatan Ikatan Pancung Cara memakai kain samping yang menggunakan kain lepas. Kain dililitkan di pinggang dan sebelum sampai ke hujung kain, kain ini “dipancung”, iaitu kain disemat sambil membiarkan hujung kain terkulai ke bawah. Ikatan Kembung Ini adalah cara memakai kain samping yang biasa dipakai ...

Cara Mengukur Keris Bertuah

Teknik Pertama 1.Pegang mata keris dengan bahagian hulunya menghadap ke arah perut. 2.Letakkan ibu jari kiri melintang pada pangkal mata keris. 3.Kemudian susun ibu jari kanan di sebelah ibu jari kiri dan pindahkan ibu jari kiri ke sebelah ibu jari kanan. 4.Lakukan langkah tersebut sehingga sampai ke penghujung keris. Sekarang cara menentukan sama ada keris tersebut bertuah atau sebaliknya, apabila di dapati sukatan akhir berakhir pada ibu jari kiri dan tangan kanan bebas daripada mata keris maka keris itu dianggap bertuah kepada tuannya. Tetapi apabila sukatan akhir berakhir pada ibu jari kanan pula dan tangan kiri bebas daripada mata keris maka keris tersebut dikatakan membawa sial atau dalam erti kata yang lain akan membawa bahaya kepada tuannya atau nyawa tuannya akan berakhir dimata keris tersebut. Walau bagaimanapun, teknik yang diterangkan tadi adalah bagi mereka yang menggunakan tangan kanan sepenuhnya. Bagi yang kidal atau biasa menggunakan tanga...

Tanjak Warisan Melayu

Tanjak, tengkolok atau destar adalah salah satu busana pada bahagian kepala lelaki Melayu yang sering dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat bangsa Melayu. Tanjak pada kebiasaanya akan dipadankan dengan bengkung, sampin dan baju Melayu beserta keris selit bagi pakaian lelaki Melayu. Tanjak belum lagi dicipta pada zaman sebelum zaman kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman itu, hanya sehelai kain digunakan dan diikat di kepala untuk menutup rambut supaya kelihatan kemas. Ikatan kain ini lama kelamaan berubah dan menjadi semakin cantik mengikut peredaran zaman, diolah dan diubahsuai mengikut taraf seseorang itu. Orang Melayu Melaka telah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk mengubah sehelai kain untuk dipakai sebagai penutup kepala. Tanjak dahulunya merupakan lambang status seseorang. Hanya yang berada sahaja pada ketika itu mampu memakainya dan tanjak juga merupakan sebahagian pakaian raja atau sultan. Tanjak raja pada zaman ...