Langkau ke kandungan utama

Cara Mengukur Keris Bertuah



Teknik Pertama

1.Pegang mata keris dengan bahagian hulunya menghadap ke arah perut.

2.Letakkan ibu jari kiri melintang pada pangkal mata keris.

3.Kemudian susun ibu jari kanan di sebelah ibu jari kiri dan pindahkan ibu jari kiri ke sebelah ibu jari kanan.

4.Lakukan langkah tersebut sehingga sampai ke penghujung keris.

Sekarang cara menentukan sama ada keris tersebut bertuah atau sebaliknya,
apabila di dapati sukatan akhir berakhir pada ibu jari kiri dan tangan kanan bebas daripada mata keris maka keris itu dianggap bertuah kepada tuannya.

Tetapi apabila sukatan akhir berakhir pada ibu jari kanan pula dan tangan kiri bebas daripada mata keris maka keris tersebut dikatakan membawa sial atau dalam erti kata yang lain akan membawa bahaya kepada tuannya atau nyawa tuannya akan berakhir dimata keris tersebut.

Walau bagaimanapun, teknik yang diterangkan tadi adalah bagi mereka yang menggunakan tangan kanan sepenuhnya.

Bagi yang kidal atau biasa menggunakan tangan kiri maka sukatannya haruslah bermula dengan ibu jari kanan.


Teknik Kedua

1.Pegang keris sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.

2.Letakkan ibu jari kanan secara melintang pada mata keris.

3.Kemudian susun ibu jari kiri disebelah ibu jari kanan secara berganti-ganti sehingga sampai ke penghujungnya.

4.Sekiranya sukatan terakhir dihujung mata keris kurang daripada sukatan ibu jari, maka ianya dikira sebagai satu sukatan yang penuh.

Ketika menyusun jari sewaktu menyukat dengan menggunakan teknik ini maka si penyukat haruslah menyebut perkataan-perkataan in mengikut turutan:

1.Raja
2.Pahlawan 
3.Perempuan 
4.Budak Orang (Hamba)

Apabila sukatan akhir jatuh pada perkataan Raja maka keris tersebut dianggap bertuah dan si pemiliknya akan menjadi terkenal dan berkuasa.

Pahlawan: Si pemilik keris kemungkinan akan menjadi seorang pembesar dan berpengaruh di kalangan masyarakat atau menjadi pahlawan yang terbilang.

Perempuan: Bermakna keris tersebut akan membawa alamat baik di dalam perniagaan.

Budak Orang: Keris tersebut tidak baik disimpan kerana ianya dianggap membawa bencana atau kecelakaan kepada tuannya.


Teknik Ketiga

Ulangi langkah di atas iaitu dengan menyusun ibu jari secara berganti-ganti sehingga sampai ke penghujungnya.

Sewaktu ibu jari disusun maka sebutkan perkataan berikut dengan mengikut turutan:

1) ULAR BERANG 
2) MENITI RIAK 
3) RIAK DI TITI GELOMBANG TUJUH
4) KARAM DI LAUT
5) TIMBUL DI DARAT 
6) HABIS HUTANG
7) BERGANTI HUTANG
8) HUTANG LAMA TIDAK BERBAYAR

Perhatikan perkataan mana yang berhenti di hujung keris. Sekiranya sukatan akhir kurang daripada sukatan lebar jari maka ianya dikira sebagai satu sukatan penuh.

ULAR BERANG/ MENITI RIAK/ HABIS HUTANG/ TIMBUL DI DARAT: Keris tersebut membawa alamat yang baik.

RIAK DI TITI GELOMBANG TUJUH: Keris tersebut dianggap membawa alamat yang sangat baik dan dianggap bertuah.

BERGANTI HUTANG: Keris tersebut dianggap sebagai membawa nasib yang tidak baik kepada tuannya.

KARAM DI LAUT/ HUTANG LAMA TIDAK BERBAYAR: Keris tersebut dikatakan membawa erti yang sangat buruk kepada tuannya. Keris seperti ini biasanya tidak akan di simpan.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Busana Melayu

BUSANA MELAYU ERA KESULTANAN MELAYU MELAKA Pemahaman Busana Tradisional Melayu (Adat & Adab) 1. Pemakaian Baju Melayu telah dikuatkuasakan sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444) – Sultan ketiga dari empayar Kesultanan Melayu Melaka. Beliau telah mengeluarkan satu bentuk titah yang melarang orang-orang Melayu memakai cara Atas Angin (Arab, India & Eropah) serta cara Bawah Angin (China & Khmer). Pada hari Jumaat juga semua lelaki Melayu di kehendaki pergi ke Masjid dengan memakai sepersalinan bersih dan cantik lengkap bertanjak dengan wangian kasturi. Pemakaian serban Arab bagi lelaki Melayu hanya dibenarkan di dalam masjid sahaja. 2. Asal baju Melayu & baju sikap / layang adalah berlengan pendek (3 suku). Ada juga baju Melayu yang di buat tidak berlengan. Asal seluar Melayu juga adalah pendek separas betis kaki. Pada zaman Bendahara Paduka Raja Abdul Jalil diangkat menjadi Sultan Johor setelah mangkatnya Sultan Mahmud II (Mangkat dijulang ) pad...

Keunikkan Dan Maksud Lok Keris Melayu

Keris merupakan salah satu senjata bagi kebanyakan hulubalang dan pahlawan Melayu suatu ketika dahulu. Keris juga melambangkan kegagahan, keperwiraan, kedudukan atau darjat pemiliknya. Keris dibuat/ditempa khusus untuk seseorang individu berdasarkan kehendak, keperluan dan kesesuaian yang mana boleh mewujudkan pertalian antara keris dan pemiliknya. Pemilihan bahan-bahan yang digunakan bagi membentuk sesebuah keris juga merupakan salah satu perkara utama yang diberi perhatian oleh pembuat senjata. Unsur mistik juga sering dikaitkan dengan keris dimana sesetengah keris yang dibuat khas mempunyai keistimewaan tersendiri dan mampu memberi kelebihan kepada pemiliknya seperti Keris Taming Sari. Keistimewaan berkenaan memerlukan jagaan rapi dan adakalanya membuatkan keris berkenaan sukar untuk bertukar milik/tidak boleh berpindah milik sebarangan. Saya kali ini akan menerangkan dengan ringkas mengenai maksud bagi bilangan lok yang terdapat pada Keris Melayu. Jika diperhatikan, Keri...

Fadhilat Doa Nurrun Nubuwwah

Doa Nurun Nubuwwah di katakan memiliki khasiat yang banyak sekali dan sangat menakjubkan terhadap siapa yang suka membaca dan mengamalkannya dengan ikhlas hati benar-benar kerana Allah. “Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perba...