Langkau ke kandungan utama

Jenis Ikatan Sampin Orang Melayu

Kain samping atau ‘samping’ menurut Kamus Dewan sebagai kain sarung yang dipakai selepas memakai seluar pada (pakaian Melayu) dan biasanya dari paras pinggang hingga paras lutut sahaja. Samping pula merujuk kepada ‘rusuk’. Kain samping, kadang kalanya menggunakan kain sarung sahaja. Kain samping ini juga sebagai ‘sampingan’ atau pelengkap dalam pemakaian baju Melayu.

Ia dianggap sebagai salah satu bahagian penting dan menjadi pelengkap kepada lelaki Melayu semasa memakai pakaian tradisi baju Melayu. Ia diikat dari paras pinggang hingga jatuh ke aras lutut sahaja. Namun, ia dikecualikan kepada kanak-kanak lelaki kerana ia didapati lebih sesuai jika tidak bersamping.

Jenis Jenis Ikatan

Ikatan Pancung

Cara memakai kain samping yang menggunakan kain lepas. Kain dililitkan di pinggang dan sebelum sampai ke hujung kain, kain ini “dipancung”, iaitu kain disemat sambil membiarkan hujung kain terkulai ke bawah.

Ikatan Kembung

Ini adalah cara memakai kain samping yang biasa dipakai oleh mempelai laki-laki dalam acara pernikahan adat Melayu. Kata "kembung" berasal dari kesan menggembung saat memakai ikatan ini. Kain sarung ditarik ke bahagian tengah atau tepi badan untuk kemudian diikat dan disimpul dalam berbagai macam cara agar melekat di pinggang.


Ikatan Lingkup

Ini adalah cara memakai kain samping yang paling sering dipakai orang. Kain sarung digulung ke atas dan dilingkup ke bahagian depan atau bahagian samping. Mirip dengan cara memakai sarung untuk keperluan sehari-hari.


Ikatan Anak Raja Lima

imbangkan kain samping pada bahagian tengah. Susun dan lipat ke arah bawah. Kemaskan lapisan bertingkat. Ambil bengkung dan kemaskini ikatan samping pada bahagian pinggang.


Ulasan

  1. Terima kasih kerana berkongssi maklumat tentang warisan budaya kita. Saya ssebagai pensyarah Fesyen sangat memerlukan byk ilmu dari penulisan kalian, khususnya Sejarah Pakaian Tradisional Melayu kita. semuga memberi manafaat kepda ramai pelajar.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Keunikkan Dan Maksud Lok Keris Melayu

Keris merupakan salah satu senjata bagi kebanyakan hulubalang dan pahlawan Melayu suatu ketika dahulu. Keris juga melambangkan kegagahan, keperwiraan, kedudukan atau darjat pemiliknya. Keris dibuat/ditempa khusus untuk seseorang individu berdasarkan kehendak, keperluan dan kesesuaian yang mana boleh mewujudkan pertalian antara keris dan pemiliknya. Pemilihan bahan-bahan yang digunakan bagi membentuk sesebuah keris juga merupakan salah satu perkara utama yang diberi perhatian oleh pembuat senjata. Unsur mistik juga sering dikaitkan dengan keris dimana sesetengah keris yang dibuat khas mempunyai keistimewaan tersendiri dan mampu memberi kelebihan kepada pemiliknya seperti Keris Taming Sari. Keistimewaan berkenaan memerlukan jagaan rapi dan adakalanya membuatkan keris berkenaan sukar untuk bertukar milik/tidak boleh berpindah milik sebarangan. Saya kali ini akan menerangkan dengan ringkas mengenai maksud bagi bilangan lok yang terdapat pada Keris Melayu. Jika diperhatikan, Keri

Tujuh Wali Di Tanah Melayu

Mengenali secara ringkas wali tujuh di tanah melayu 1. AS SAYID HABIB NUH Peranannya TersembunyiHadiri Sidang Wali-Wali Menunduk Gabenor yang Angkuh Wasiat Supaya Dikebumi Atas Bukit.Di Singapura, nama As Sayid Habib Nuh sudah tidak asing lagi. Beliau berketurunan Rasulullah SAW menerusi nasab Zainal Abidin bin Sayadina Hussien r.a. Maqamnya yang terletak di atas sebuah bukit kecil di Jalan Palmer, sering dikunjungi pelawat teruatama hari-hari cuti. Pengunjung maqam itu bukan saja daripada kalangan orang Islam Singapura dan Malaysia tetapi ramai juga dari negara-negara Asia lain. Ini menunjukkan Habib Nuh r.h. lebih masyhur selepas kematiannya berbanding semasa hayatnya. Sebagai seorang wali Allah, pelbagai cerita pelik dan luar biasa berlaku pada dirinya, dan cerita-cerita itu belum ditulis dalam bentuk buku dan manakib. Tulisan ini memaparkan sebahagian daripada keistimewaan, karamah dan kejadian-kejadian aneh yang berlaku ke atasnya yang menggambarkan beliau sebagai orang

Fadhilat Doa Nurrun Nubuwwah

Doa Nurun Nubuwwah di katakan memiliki khasiat yang banyak sekali dan sangat menakjubkan terhadap siapa yang suka membaca dan mengamalkannya dengan ikhlas hati benar-benar kerana Allah. “Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perba