Umat Islam baik golongan lelaki atau wanita amat digalakkan untuk mengikuti sunnah Nabi Muhammad ﷺ dalam kehidupan seharian seperti dalam pemakaian cincin . Alhamdulillah kini semakin ramai golongan lelaki yang berjinak-jinak memakai cincin. Dalam pada itu ada juga di kalangan kita secara keterlaluan dalam pemakaian cincin sehingga penuh pada kesemua jari dengan pelbagai jenis dan bentuk cincin. Sebenarnya Rasulullah ﷺ memakai tidak lebih daripada dua bentuk cincin dan ada kalanya hanya dipakai satu bentuk sahaja dan jika diniatkan pemakaian cincin itu mengikut sunnah Rasulullah ﷺ , maka sudah pasti pahala menanti kita. Dimana Letaknya Cincin di Jari Nabi Muhammad S.A.W Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, كَانَ خَاتِمُ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فِى هَذِهِ. وَأَشَارَ إِلَى الْخِنْصَرِ مِنْ يَدِهِ الْيُسْرَى “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa mengenakan cincin di sini.” Anas berisyarat pada jari kelingking di tangan sebelah kiri. (HR. Muslim
Assalamualaikum kepada sesiapa yang melihat blog ini. Blog ini dibuat hanyalah untuk berkongsi ilmu semata mata. Semoga bermanfaat kepada semua yang melihat dan membacanya.