Langkau ke kandungan utama

Catatan

Hiasan Cincin Bagi Kaum Adam

Catatan terbaharu

Asal Usul Kejadian Manusia

Sekadar Berkongsi Asal Usul Kejadian Manusia. Petikan Daripada Jabatan Agama Islam Selangor Manusia diciptakan dari Nabi Allah Adam a.s. dan Adam pula dijadikan oleh Allah s.w.t dari tanah. Hanya Adam a.s dijadikan daripada hakikat tanah manakala manusia dijadikan daripada air mani yang terpancar daripada dua tulang sulbi manusia. Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah Shad: 71-74 " Ingatlah ketika Tuhanmu berfiman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadiannya dan Ku tiupkan roh(ciptaan) Ku: Hendaklah kamu bersyukur dengan bersujud kepadanya. Lalu seluruh malaikat bersujud, kecuali Iblis. Dia menyombongkan diri dan dia termasuk orang-orang yang kafir " Didalam Surah At-Thariq : 5-7 " Maka hendaklah manusia memikirkan: daripada apakah ia diciptakan? Dia diciptakan dari air (mani) yang memancar (kedalam rahim). Yang keluar dari tulang salbi lelaki dan tulang dada perempuan " Nab

Sultan Mahmud Mangkat Dijulang

Kota Tinggi, Johor. 1699 Lanun bermaharajalela! Dari arah Sedili Besar hingga ke kepulauan Riau dan Pulau Penyegat, seluruh perairan Johor di kuasai oleh lanun. Kapal-kapal perdagangan begitu gusar untuk memasuki pelabuhan Johor kerana bimbang diserang mereka. Tak kurang juga penduduk-penduduk setempat yang tinggal disepanjang pantai kawasan tersebut. Sudah berapa lama nelayan bimbang untuk keluar ke laut. Keadaan terlalu menakutkan...Tapi tidak di Kota Tinggi. Pusat kerajaan Johor Lama. Terlalu gagah pertahanannya, dibawah kawalan Bendahara Tun Habib Abdul Majid dan Temenggung. Dan perlindungan yang begitu rapi ini membuatkan Sultannya yang masih muda berasa sangat selamat-Sultan Mahmud Syah II. Pahlawannya pula sangat berwibawa dan bersedia untuk mengorbankan diri demi Sultannya pada bila-bila masa. Antaranya Laksamana Megat Seri Rama, laksamana muda yang datang ke Kota Tinggi dari sebuah wilayah jauh di selatan Kerajaan Johor, Pulau Bentan. Dan juga kerana tempat asalnya itu, be

Lagenda Mahsuri

Dikatakan, kisah Mahsuri yang sinonim dengan Pulau Langkawi, berlaku sekitar pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) di Kedah, yang mana pada waktu itu, ibu bapa Mahsuri yang bernama Pandak Mayah dan Endak Alang baru saja berhijrah ke Langkawi dari Selatan Thailand, demi mencari masa depan yang lebih baik. Kelahiran Mahsuri itu sendiri disulami dengan keajaiban apabila dikatakan sebenarnya Pandak Mayah dan Endak Alang tidak mempunyai anak walaupun telah lama berkahwin. Namun pada suatu hari, Pandak Mayah menemui kerak nasi yang mengeluarkan bunyi seakan bayi menangis sewaktu berehat setelah mengerjakan sawah. Kerak nasi tersebut dicampur sedikit dengan nasi yang ditanak, dan untuk berberapa lama, akhirnya Endak Alang hamil. Dan sewaktu Mahsuri dilahirkan dikatakan padi menguning seakan emas yang berkilauan. Kehadiran Mahsuri dalam kehidupan pasangan

Sundang Senjata Melayu

Sundang Bila berbicara tentang Sundang ramai akan terbayang Keris Sundang yang dipercayai berasal dari Sulaweisi dan dipelopori oleh para perajurit Bugis yang melayari Laut China Selatan sehingga ke Sumatera sejak abad ke 14 lagi. Keris Sundang melalui proses evolusi menjadi replika pelbagai senjata di Semenanjung Tanah Melayu, Borneo dan Filipina. Tahukah anda keris Sundang sebenarnya berasal dari tanah Jawa. Ukirannya nyata terpahat pada kuil Borobudor dan Prambanan yang ujud seawal abad pertama di tanah Jawa. Terdapat pelbagai model sundang yang diwarisi sehingga hari ini oleh pahlawan di Nusantara khususnya pahlawan Melayu. Pertama ialah keris sundang yang dipelopori oleh beberapa aliran Silat keturuanan Jawa dan Bugis; serta pengamal ilmu beladiri Kali di selatan Filipina. Dari selatan Filipina ia terus mempengaruhi senjata ilmu beladiri tradisional di negara itu. Senjata model ini punya aring, janggut, berlok dan ada juga yang lurus tidak berlok seperti keris. Sel

Senjata Melayu Yang Digelapkan Sejarah

Beribu-ribu tahun dahulu…di Lembah Bujang,terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan.Di satu kawasan,terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.Zaman berganti zaman.Tahun berganti tahun.Peperangan demi peperangan.Hasad dengki,khianat,kekejaman dan penipuan menghiasi tabir. Jatuh dan bangun.Bina kembali peradaban. Berperang lagi…hancur semuanya….bangkit kembali membina empayar…perang saudara…kedatangan bangsa Eropah yang tamak….dijajah…dijajah…dijarah… Bangkit kembali…tentang penjajah…akhirnya merdeka.Kemudian bina negara…bina peradaban kembali.Perlahan-lahan. Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah.Apa yang dilihat mereka?Hulubalang Melayu memegang tombak.Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat lagi?Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris.Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang.Gambar askar

Sejarah Senjata Badik

Badik Senjata Khas Sulawesi Kerajaan Gowa-Tallo terkenal dengan kegigihannya dalam berjuang melawan Belanda. Kegigihannya tidak timbul begitu saja ketika penjajah Belanda datang. Bangsa keturunan Gowa-Makassar adlah bangsa yang sering terlibat perang baik sebelum Belanda datang menjajah Indonesia. Beberapa cerita yang seram selalu menemani orang Makassar di manapun mereka berada. Namun dibalik sikap yang keras dan pemberani ini, bangsa Makassar adalah bangsa yang berbudaya dengan memegang teguh budi pekerti luhur. Darah tidak ditumpahkan begitu saja, melainkan darah adalah harga yang harus dibayar atau digunakan untuk menebus Siri'. Siri' sendiri adalah cara bangsa Makassar menjaga nama baik mereka yang masih tersimpan hingga saat ini. Salah satu cara menjaga budaya siri' bangsa Makassar dengan Badik. Badik atau badek adalah sejenis pisau dengan bentuk khas yang sering digunakan orang Bugis dan Makassar dalam pertarungan. Badik sering dibawa kemana-mana bahkan beber