Langkau ke kandungan utama

Sundang Senjata Melayu

Sundang


Bila berbicara tentang Sundang ramai akan terbayang Keris Sundang yang dipercayai berasal dari Sulaweisi dan dipelopori oleh para perajurit Bugis yang melayari Laut China Selatan sehingga ke Sumatera sejak abad ke 14 lagi. Keris Sundang melalui proses evolusi menjadi replika pelbagai senjata di Semenanjung Tanah Melayu, Borneo dan Filipina. Tahukah anda keris Sundang sebenarnya berasal dari tanah Jawa. Ukirannya nyata terpahat pada kuil Borobudor dan Prambanan yang ujud seawal abad pertama di tanah Jawa.


Terdapat pelbagai model sundang yang diwarisi sehingga hari ini oleh pahlawan di Nusantara khususnya pahlawan Melayu. Pertama ialah keris sundang yang dipelopori oleh beberapa aliran Silat keturuanan Jawa dan Bugis; serta pengamal ilmu beladiri Kali di selatan Filipina. Dari selatan Filipina ia terus mempengaruhi senjata ilmu beladiri tradisional di negara itu.

Senjata model ini punya aring, janggut, berlok dan ada juga yang lurus tidak berlok seperti keris. Selalunya ulunya berbentuk kepala burung Garuda. Garuda ialah salah satu lambang kemegahan bumi Jawa yang kemudiannya menjadi lambang kemegahan bangsa Indonesia. Ini ialah di antara fakta yang menunjukan senjata ini ialah kepunyaan bangsa Jawa. Keris Sundang Jawa punya mata yang tajam sesuai untuk menikam dan menghiris dan menetak. 

Manakala Keris Sundang Bugis pula punya mata yang tajam untuk menetak dan menghiris, tidak sesuai pula untuk menikam. Model dari Filipina masih mengekalkan reka bentuk seperti keris Sundang Bugis, tetapi punya hujung mata yang agak tajam untuk menikam seperti Sundang jawa. Model-model ini boleh digunakan sebelah atau dengan dua belah tangan ketika bertarung.


Kedua ialah sundang panjang yang serupa pedang dua dan satu mata sehaja. Model yang punya dua mata ada yang berlok dan tidak berlok. Selain dari itu ada yang punya aring dan di pasang penyelak berbentuk tanduk trisula pada ulunya. Ada yang lurus tanpa beraring dan penyelak tanduk trisula. Model-model ini boleh digunakan sebelah atau dengan dua belah tangan ketika bertarung.


Kedua ialah sundang panjang yang serupa pedang dua dan satu mata sehaja. Model yang punya dua mata ada yang berlok dan tidak berlok. Selain dari itu ada yang punya aring dan di pasang penyelak berbentuk tanduk trisula pada ulunya. Ada yang lurus tanpa beraring dan penyelak tanduk trisula. Model-model ini boleh digunakan sebelah atau dengan dua belah tangan ketika bertarung.

Sundang Panjang

Pedang Melayu

Pedang Melayu dipercayai berasal dari Sundang yang kemudiannya melalui proses evolusi dan di pengaruhi oleh model-model pedang dari Timur Tengah dan Eropah. Model yang paling popular ialah pedang yang punya penyelak dengan satu tanduk trisula di bahagian atas ulu pedang dan di bahagian bawah ia bersambung menutup bahagian pemegang ulu sampai ke hujungnya. Model ini selalu bermata sebelah, lurus dan tidak berlok. Ia digunakan bersama perisai yang diperbuat dari ayaman rotan atau logam pilihan.

Sundang Harimau Berantai

Menurut Mahaguru aliran ini Srikandi Hajah Ramintan Samigon, Sundang ialah senjata utama untuk pendekar HB. Terdapat tiga model yang digunakan oleh para pendekar keturuanan ini. Pertama keris sundang yang panjang dan punya 15-25 lok. Dua lagi model sundang HB ialah seperti yang diutarakan tadi sebagai sundang panjang, ada yang berlok dan tidak berlok. Ada yang punya penyelak trisula dan ada yang tidak punya penyelak. Yang nyata sundang HB dipegang dengan satu atau dua tangan serta punya dua belah mata yang tajam dan hujung yang mampu menusuk tembus tubuh lawan. Model sundang panjang selalunya menjadi pilihan para Pendekar HB.

Sundang Jawa


Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Luahan Anak Melayu..

    Saya orang melayu Riau Indonesia... Saya Cinta Budaya Melayu..
    Salam sejahtera
    Takkan Melayu Hilang DiBumi

    Alm Bpk saya dan saya Keturunan dari Datuk Laksamana Kamis Bukit Batu Bengkalis.. Yg sama berjuang dgn Raja melaka melawan lanun...
    Alm bpk saya punya keris Sundang yg didptkan dari turun temurun panglima Bukit Batu...
    Sekarang Sundang itu berada di Malaka Malaysia yg dipinjam seorang kawannya bernama Haji A... Haji A pinjam dgn bpk saya dulu cuma 1 tahun paling lama. Tapi sampai saat ini sudah lebih kurang 5 tahun tak dikembalikan Haji A.... Alasannya sundang itu Hilanglah, dipinjam kawanlah, ditangkap lah...
    Saya tak mudah percaya, barang yg sudah dipinjam tentu harus dikembalikan kpd pemiliknya...
    Dan alm bpk saya tidak pernah menjual pada dia karena dia Cinta dgn Melayu dan Cinta dgn barang pusaka Melayu.... Percuma dia punya title seorang Haji tapi sifatnya pembohong dan penipu...
    Sudah berapa kali saya bermimpi alm bpk saya bertanya Sundang itu... Sebelum alm bpk saya meninggal pun dia sudah beri amanah dan bercerita tentang sundang itu minta dikembalikan... Sampai saat ini tak jua dikembalikan....
    Saya sangat sedih melihat seorang melayu dan bertitle Haji tapi seorang yg penipu.....

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum.. Terima kasih tuan.. Sedikit sebanyak terjawab tentang pedang yang saya miliki

    BalasPadam
  4. Saya punyai sebilah sundang Keris Hukim pesaka tinggalan AlSultan Iskandar Shah @ Parameswara, sultan Melaka yg pertama. Saya sebagai pemegang amanah. 2 bulan lepas saya telah tapa kan Keris Hukum ini selama 7 hari 7 malam

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Keunikkan Dan Maksud Lok Keris Melayu

Keris merupakan salah satu senjata bagi kebanyakan hulubalang dan pahlawan Melayu suatu ketika dahulu. Keris juga melambangkan kegagahan, keperwiraan, kedudukan atau darjat pemiliknya. Keris dibuat/ditempa khusus untuk seseorang individu berdasarkan kehendak, keperluan dan kesesuaian yang mana boleh mewujudkan pertalian antara keris dan pemiliknya. Pemilihan bahan-bahan yang digunakan bagi membentuk sesebuah keris juga merupakan salah satu perkara utama yang diberi perhatian oleh pembuat senjata. Unsur mistik juga sering dikaitkan dengan keris dimana sesetengah keris yang dibuat khas mempunyai keistimewaan tersendiri dan mampu memberi kelebihan kepada pemiliknya seperti Keris Taming Sari. Keistimewaan berkenaan memerlukan jagaan rapi dan adakalanya membuatkan keris berkenaan sukar untuk bertukar milik/tidak boleh berpindah milik sebarangan. Saya kali ini akan menerangkan dengan ringkas mengenai maksud bagi bilangan lok yang terdapat pada Keris Melayu. Jika diperhatikan, Keri

Tujuh Wali Di Tanah Melayu

Mengenali secara ringkas wali tujuh di tanah melayu 1. AS SAYID HABIB NUH Peranannya TersembunyiHadiri Sidang Wali-Wali Menunduk Gabenor yang Angkuh Wasiat Supaya Dikebumi Atas Bukit.Di Singapura, nama As Sayid Habib Nuh sudah tidak asing lagi. Beliau berketurunan Rasulullah SAW menerusi nasab Zainal Abidin bin Sayadina Hussien r.a. Maqamnya yang terletak di atas sebuah bukit kecil di Jalan Palmer, sering dikunjungi pelawat teruatama hari-hari cuti. Pengunjung maqam itu bukan saja daripada kalangan orang Islam Singapura dan Malaysia tetapi ramai juga dari negara-negara Asia lain. Ini menunjukkan Habib Nuh r.h. lebih masyhur selepas kematiannya berbanding semasa hayatnya. Sebagai seorang wali Allah, pelbagai cerita pelik dan luar biasa berlaku pada dirinya, dan cerita-cerita itu belum ditulis dalam bentuk buku dan manakib. Tulisan ini memaparkan sebahagian daripada keistimewaan, karamah dan kejadian-kejadian aneh yang berlaku ke atasnya yang menggambarkan beliau sebagai orang

Jenis Ikatan Sampin Orang Melayu

Kain samping atau ‘samping’ menurut Kamus Dewan sebagai kain sarung yang dipakai selepas memakai seluar pada (pakaian Melayu) dan biasanya dari paras pinggang hingga paras lutut sahaja. Samping pula merujuk kepada ‘rusuk’. Kain samping, kadang kalanya menggunakan kain sarung sahaja. Kain samping ini juga sebagai ‘sampingan’ atau pelengkap dalam pemakaian baju Melayu. Ia dianggap sebagai salah satu bahagian penting dan menjadi pelengkap kepada lelaki Melayu semasa memakai pakaian tradisi baju Melayu. Ia diikat dari paras pinggang hingga jatuh ke aras lutut sahaja. Namun, ia dikecualikan kepada kanak-kanak lelaki kerana ia didapati lebih sesuai jika tidak bersamping. Jenis Jenis Ikatan Ikatan Pancung Cara memakai kain samping yang menggunakan kain lepas. Kain dililitkan di pinggang dan sebelum sampai ke hujung kain, kain ini “dipancung”, iaitu kain disemat sambil membiarkan hujung kain terkulai ke bawah. Ikatan Kembung Ini adalah cara memakai kain samping yang biasa dipakai