Langkau ke kandungan utama

Keunikkan Dan Maksud Lok Keris Melayu

Keris merupakan salah satu senjata bagi kebanyakan hulubalang dan pahlawan Melayu suatu ketika dahulu. Keris juga melambangkan kegagahan, keperwiraan, kedudukan atau darjat pemiliknya.
Keris dibuat/ditempa khusus untuk seseorang individu berdasarkan kehendak, keperluan dan kesesuaian yang mana boleh mewujudkan pertalian antara keris dan pemiliknya.
Pemilihan bahan-bahan yang digunakan bagi membentuk sesebuah keris juga merupakan salah satu perkara utama yang diberi perhatian oleh pembuat senjata. Unsur mistik juga sering dikaitkan dengan keris dimana sesetengah keris yang dibuat khas mempunyai keistimewaan tersendiri dan mampu memberi kelebihan kepada pemiliknya seperti Keris Taming Sari.
Keistimewaan berkenaan memerlukan jagaan rapi dan adakalanya membuatkan keris berkenaan sukar untuk bertukar milik/tidak boleh berpindah milik sebarangan.
Saya kali ini akan menerangkan dengan ringkas mengenai maksud bagi bilangan lok yang terdapat pada Keris Melayu.
Jika diperhatikan, Keris Melayu terdapat bilangan lok yang berliku-liku dan mengikut turutan bilangan ganjil seperti 13, 11, 9, 7, 5 dan 3. Keris yang kelihatan lurus lebih dikenali sebagai keris lurus atau sipukal. Keris lurus digenggam dlm tangan manakala keris berlok disisip di bawah rusuk kiri dalam samping dan diikat kemas oleh bengkung yang menyembunyikan pelbagai jenis senjata sulit. Ada juga yang menyisip keris di pinggang.
Panjang mata keris adalah mengikut sukatan dan sedap si pemilik untuk berhadapan dengan musuh. Ada juga keris yang digenggam adalah keris berlok dan bukannya keris lurus. Lok itu adalah lok 3 dan mempunyai mata yang panjang. Keris berlok yang disisip pula mempunyai ukuran antara 9 hingga 13 inci panjangnya. Loknya 5, 7 & 9. Jika lebih loknya, keris adalah sangat panjang dan tidak selesa untuk pergerakan bebas ketika bertarung.
Dikhabarkan juga bahawa setiap Melayu mesti mempunyai keris kerana keris itu melambangkan maruah & martabat. Keris diri atau keturunan membawa kepada pengenalan siapa dan kedudukan pemiliknya dalam bangsa Melayu.
Dari ulu (hulu), pendukuk, sampir dan mata menceritakan siapa pemiliknya. Kedudukan pula adalah daripada anugerah istana. Oleh sebab itu, pada majlis keramaian di istana, jemputan yang datang akan membawa keris masing-masing.
Berikut adalah maksud yang digambarkan melalui bilangan lok-lok yang terdapat pada keris.
Keris Lurus
-Melambangkan kesetian, ketegasan dan sukar dipengaruhi. Ianya lazim digunakan sebagai keris istiadat.
Keris Lok 3
-Digunakan oleh para panglima atau pahlawan. Keris ini dipercayai dapat menunaikan sebarang permintaan penggunanya.
Keris Lok 5
-Melambangkan pemiliknya mempunyai kelancaran berbicara dan boleh mempengaruhi orang melalui berbicara.
Keris Lok 7
-Melambangkan pemiliknya mempunyai wibawa dan karisma dalam pemerintahan.
Keris Lok 9
-Melambangkan pemiliknya bijaksana dan mempunyai sifat kepimpinan.
Keris Lok 11
-Menggambarkan pemiliknya memiliki cita-cita tinggi dalam mengejar kemajuan sosial dan sesuai digunakan oleh mereka yang telah bekerja dan berumah tangga.
Keris Lok 13
-Bermaksud pemiliknya sanggup mempertahankan apa sahaja yang sudah dimilikinya.
Sekadar Berkongsi......

Ulasan

  1. Terima kasoh atas perkongsian ini ye tuan! 😊

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum admin, jika mengikut ilmu pengetahuan saya. Keris lurus atau sepukal ini digelar sebagai Keris Hukum kerana dahulu para pejalan hukum mati akan memegang keris hukum untuk mencabut nyawa pesalah. Dikira lok 3 dan 5 menunjukkan kategori pahlawan tetapi mengikut martabat seseorang itu malah sekiranya lebih lok dri 7 menunjukkan bangsawan atau raja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun pernah terbaca mcam tu.. Katanya keris berlok lima dimiliki para ulama dan ilmuan.. Manakala keris berlok lebih dri 7 seperti keris 9 lok adalah milik raja dan pemerintah.. Btul ke yg saya bce??

      Padam
    2. den pun pernah terbaca benda sama gak.. tp x tau la sahih ke tidak

      Padam
  3. bagi siapa yang nak belajar ilmu haq dan ilmu batin boleh hubungi sini.atau ada gangguan apa2 hubungi sini 0167947016, ijazah boleh jarak jauh dan dekat dan boleh demo

    BalasPadam
  4. �� Assalamualaikum WBT ��

    SALAM PENGENALAN BUAT SAHABAT SATU KEILMUAN HAQ

    SNS adalah daripada SEGALUR SANAD SUNAN GUNUNG JATI (Wali Songo), aliran TOKKU PALOH di mana ijazahnya yang boleh kita sama sama miliki daripada GURU ,dan terus boleh digunakan (instant), ilmu HAQ tanpa khodam Dan Jin ini adalah ILMU semata-mata yang dinamakan sebagai SENAMAN NAFAS SEJATI (SNS)

    Kini oleh kerana sudah dekat masanya dengan akhir zaman, Guru perkenan untuk menzahirkan Pengijazahan SNS sebagai pakaian se-anak bangsa demi pertahanan & perjuangan kelak.

    Bermula Hari Ini Sehingga (CUKUP KORUM 30 ORG Max)

    dimaharkan ijazah SNS Sebanyak :-

    2ijazah Diturunkan serentak dengan Mahar Promosi Sebanyak Rm199.99
    10% Akan Di Infaqkan Ke Tahfiz

    Khafiat / Kelebihan ( Atas Izin Allah) :-
    -Wibawa tinggi
    _Disegani Bangsa Jin & Manusia
    _Daya Tarik Luar Biasa
    _Menjadi Perawat
    _Aura Cahaya
    _Barokah Karomah Wali
    _Firasat Kuat & Tajam
    _Energi Positif Tinggi
    _Keselamatan Mutlak Zahir Dan Batin
    _Keselamatan Dari Pengaruh Jahat
    _Terhindar Dari Ancaman / Bahaya Yang Mengancam
    _Pagar Tubuh, Keluarga, Rumah, Pekarangan, Tempat Bisnes Dll
    _Pendinding Dari Santau, Tenung, Guna-Guna Dan Pengaruh Mistik Lainnya.
    _Pengobatan Segala Macam Penyakit
    _Kewibawaan, Mengangkat Darjat Dan Pangkat.
    _Penglarisan, Mahabbah Umum Dan Khusus
    _Memudahkan Rezekinya
    _Dipanjangkan Umurnya
    _Dikasihi Para Hamba Allah Serta Dimudahkan Segala Apa Yang Dicita-Citakannya
    - Yang bersifat panas baran sebelum ini akan menjadi mudah sejuk Dan mudah mengenali sabar dengan keinzinanNya

    Makluman
    Tuan Guru Dari Pahang akan turun ke Kuala Lumpur, di atas permintan Kekanda Negeri bersandarkan qorum yang cukup iaitu 30 orang 1 sesi Maximum.

    *ijazah jarak jauh open setiap masa bergantung kepada masa yang Guru tetapkan.(Perlu Melalui Admin)

    Tarikh Cadangan :-
    *Cukup Korum 30 Orang Program On
    Cadangan Penetapan:-
    7-09-2019 Sabtu Malam
    5-10-2019 Sabtu Malam
    Masa:- 8:00malam
    Lokasi :-
    Kuala Lumpur/Selangor (lokasi akan di share pada hari perjumpaan)

    Ijazah Bertemu lutut dengan Guru
    1) Taklimat Dari Guru
    2) Berwuduk
    3) Sesi Ijazah Bertemu Lutut Dengan Guru , 5 min Seorang
    4) Penerangan Gerakan jurusan SNS
    5) Terus test keilmuan yang di ijazahkan

    *ijazah jarak jauh boleh join pertemuan ahli pada tarikh dan masa yang ditetapkan (sesi yg hampir)

    Tarikh tutup comfirm nama :-
    khas 30orang Sahaja Untuk 1 sesi Max @ 1 hari sebelum Pertemuan Jam 12am

    Syarat Kelayakan :-
    Beragama Islam
    18 ke bawah dapat keizinan dari ibu bapa atau penjaga

    Pantang-Larang :-
    *Tidak membuat perkara yang di haramkan oleh agama islam.

    Amalan :-
    -Bismillah
    -Syahadah
    -Al-fatihah

    Penginapan :-
    *tidak disediakan

    Pendaftaran :-
    Segala pembayaran dan comfirmation nama,boleh berurusan dengan Encik Admin ,
     ijazah
     SijiL Senaman Nafas Sejati
     Lain-lain atas offer yang akan di announce oleh Admin

    Bank in dan foward biodata pada
    Admin

    Sebarang Perkembangan >>>>
    Boleh Masuk Group Melalui Link Di Bawah Ini��

    Whatsapp
    https://chat.whatsapp.com/ExDOIJ4SJLq2rhi6hsWBFt

    Testimoni & Aktiviti Group SNS
    http://t.me/SenamanNafasSejati

    Telegram
    http://t.me/keilmuanhaq

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tujuh Wali Di Tanah Melayu

Mengenali secara ringkas wali tujuh di tanah melayu 1. AS SAYID HABIB NUH Peranannya TersembunyiHadiri Sidang Wali-Wali Menunduk Gabenor yang Angkuh Wasiat Supaya Dikebumi Atas Bukit.Di Singapura, nama As Sayid Habib Nuh sudah tidak asing lagi. Beliau berketurunan Rasulullah SAW menerusi nasab Zainal Abidin bin Sayadina Hussien r.a. Maqamnya yang terletak di atas sebuah bukit kecil di Jalan Palmer, sering dikunjungi pelawat teruatama hari-hari cuti. Pengunjung maqam itu bukan saja daripada kalangan orang Islam Singapura dan Malaysia tetapi ramai juga dari negara-negara Asia lain. Ini menunjukkan Habib Nuh r.h. lebih masyhur selepas kematiannya berbanding semasa hayatnya. Sebagai seorang wali Allah, pelbagai cerita pelik dan luar biasa berlaku pada dirinya, dan cerita-cerita itu belum ditulis dalam bentuk buku dan manakib. Tulisan ini memaparkan sebahagian daripada keistimewaan, karamah dan kejadian-kejadian aneh yang berlaku ke atasnya yang menggambarkan beliau sebagai orang

Jenis Ikatan Sampin Orang Melayu

Kain samping atau ‘samping’ menurut Kamus Dewan sebagai kain sarung yang dipakai selepas memakai seluar pada (pakaian Melayu) dan biasanya dari paras pinggang hingga paras lutut sahaja. Samping pula merujuk kepada ‘rusuk’. Kain samping, kadang kalanya menggunakan kain sarung sahaja. Kain samping ini juga sebagai ‘sampingan’ atau pelengkap dalam pemakaian baju Melayu. Ia dianggap sebagai salah satu bahagian penting dan menjadi pelengkap kepada lelaki Melayu semasa memakai pakaian tradisi baju Melayu. Ia diikat dari paras pinggang hingga jatuh ke aras lutut sahaja. Namun, ia dikecualikan kepada kanak-kanak lelaki kerana ia didapati lebih sesuai jika tidak bersamping. Jenis Jenis Ikatan Ikatan Pancung Cara memakai kain samping yang menggunakan kain lepas. Kain dililitkan di pinggang dan sebelum sampai ke hujung kain, kain ini “dipancung”, iaitu kain disemat sambil membiarkan hujung kain terkulai ke bawah. Ikatan Kembung Ini adalah cara memakai kain samping yang biasa dipakai